Kuala Lumpur: “Ini memang kelakar, tapi nak buat macam mana benda di luar kawalan saya,” ulas hos Akademi Fantasia (AF) 2014, Zizan Razak mengenai isu seluar ketat yang dipakainya dan menonjolkan bentuk alat sulit ketika konsert pertama program itu, malam kelmarin.
Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abd Razak, 30, berkata, isu remeh yang menjadi bahan senda sebahagian pengguna alam siber itu adalah perkara yang tidak disengajakan.
“Saya tak tahu macam mana nak jelaskan hal ini. Ia adalah seluar tajaan dan ukuran sudah dibuat awal-awal lagi mengikut saiz saya.
“Cuma tak sangka pula bila sudah pakai nampak sendat dan ketat di bahagian itu. Saya minta maaflah pada mana-mana pihak yang terganggu. Ia memang tak disengajakan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Isu terbaru itu timbul berikutan penyebaran gambar Zizan ketika mengacarakan AF2014 di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dekat sini, malam kelmarin.
Sebaik program realiti popular itu bersiaran, gambar itu menjadi bualan hangat di media sosial dan Internet yang mengkritik dan mencemuh tindakan pelawak itu memakai seluar ketat.
Segelintir pihak juga mendakwa Zizan sengaja memakai seluar yang menonjolkan bentuk alat sulitnya untuk meraih perhatian.
Konsert AF2014 yang bermula malam kelmarin disiarkan pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Maya HD (135).
Bermula konsert kedua, Zizan akan berpasangan dengan Faizal Ismail selaku hos bersama. Diari AF2014 pula dikendalikan Jihan Muse.
Zizan berkata, dia yang menyedari keadaan itu selepas ditegur pihak tertentu ketika program berlangsung tetapi ia berada di luar kawalan.
“Ada yang tegur ketika program itu tapi saya tak marah pun. Nak buat macam mana sebab satu seluar saja yang disediakan. Nak tukar seluar mana pula? “Jadi mahu tak mahu saya cuba lindungi bahagian itu dengan memperbanyakkan gerakan dan lebih lincah supaya tak ketara sangat,” katanya.
Tambahnya, insiden itu juga menjadi pengajaran dan akan lebih berhati-hati dalam penampilannya pada masa akan datang.
“Benda pun dah jadi tak boleh nak buat apa dah, tapi untuk minggu depan saya akan lebih peka dan hati-hatilah.
“Cuma saya memang tak sedar dari awal lagi sebab banyak aspek lain kena fokus pada malam itu (kelmarin) termasuk skrip dan kandungan program,” katanya.
Sumber: myMetro

banyak gak tgk artis lelaki suka pakai seluar cm tue sekarang
ReplyDeleteRasa mcm dato ac pun sama kan? ke fashion designer yg sama gaknya?
ReplyDelete