Liverpool, Chelsea berkunjung ke Malaysia Julai ini

KUALA LUMPUR 22 Mac - Kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan Chelsea akan mengadakan perlawanan menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, pada Julai ini.

Perlawanan persahabatan itu adalah sempena lawatan dua pasukan gergasi itu ke Malaysia dalam siri Jelajah Asia 2011.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata, pihaknya telah mendapat persetujuan daripada kedua kelab tersebut dan tarikh perlawanan akan diumumkan kemudian.

"Kemungkinan besar dalam masa terdekat ini satu lagi kelab terkemuka EPL akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad negara namum perkara itu masih dalam peringkat perbincangan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Azzudin berkata, jadual perlawanan skuad negara bersama kelab Liverpool dan Chelsea mungkin hanya berbeza antara tiga atau empat hari sahaja.

Ini adalah pertama kali kelab Liverpool datang ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan setelah membatalkan pertemuan dengan pasukan Selangor pada 2008.

Manakala pasukan ‘The Blues’ (Chelsea) pernah menewaskan Malaysia 2-0 pada perlawanan persahabatan siri Jelajah Asia pada 2008. - Bernama


yeehaaaaaaaaa...yg di tunggu2 akan tiba..wuuuhhuuuuuuu

kalau boleh Man U dtg berentap dgn The Reds di Malaysia...sure gempak punyalah

6 comments:

  1. beb...
    ade berita hal nieh pm aku...
    aku mesti wajib g nieh...

    ReplyDelete
  2. wah!!! mantop weh..tak pernah termimpi the reds akan mai cini..huhuhuhu..mesti superb lah...

    ReplyDelete
  3. CEROI:

    yeah mmg wajib...1st tym tu diorng dtg

    ...........................................................................

    SAHROM:

    hahaha harap2 jdi la dorng dtg

    ReplyDelete
  4. Liverpool dah boleh datang m'sia sejak tukar penaja
    gud3

    ReplyDelete
  5. a'ahh bukan stakat gempak..silap2 ari bulan pecah stadium bukit jalil tue..

    ko confirm g tgk kan..aku sebagai anak tempatan aku harap team mesia dapat beat si liverpool tue..

    huhuhuh =D

    ReplyDelete
  6. ALIEN:

    yup betul tu...klu kasbeg jd penaja toksah harap dpt dgt

    ...........................................................................

    HUSZ:

    mesti reds yg menang...bkn nk kondem team masia...hakikatnya liverpool lebih kuat haha

    ReplyDelete