Rumah 'Berhantu' Ditawarkan Secara Percuma

 Rumah usang yang pernah menjadi vila menarik suatu ketika dahulu dipercayai berhantu, dan kini ditawarkan secara percuma kepada orang ramai.

SEBUAH rumah yang dipercayai pernah menjadi lokasi pembunuhan beramai-ramai dan mengerikan, kini ditawarkan secara percuma kepada orang ramai apabila majlis tempatan di Orizaba, Mexico mahu membersihkan bangunan yang terbiar dan menyakitkan pandangan itu.

Rumah itu dipercayai 'berhantu' berikutan jiran-jiran mendakwa sesiapa bermalam di kediaman itu akan mengalami pengalaman yang menakutkan.

Dibina oleh seorang ahli perniagaan yang kaya-raya dan pernah menjadi sebuah kediaman vila menarik suatu ketika dahulu, ia telah ditinggalkan sehingga menjadi usang.

Di sebalik kisah rumah itu, dahulunya pernah menjadi lokasi pembunuhan di mana ahli perniagaan itu bersama keluarganya dibunuh dengan kejam oleh seorang pembantu rumah yang bersikap cemburu.

Bagaimanapun butiran terperinci mengenai kejadian itu termasuk bilakah ia berlaku tidak diketahui, tetapi penyelia pelancongan Lara Barragan menjelaskan: "Ia merupakan satu tragedi yang dashyat."

"Ahli perniagaan itu tinggal di situ bersama isterinya dan dua anaknya, dan mereka mengambil seorang pembantu rumah lelaki yang ditugaskan untuk menjaga rumah tersebut dan memasak.

"Tetapi lelaki itu dengki dengan kekayaan mereka, dan dia membunuh seluruh keluarga termasuk pasangan suami isteri terbabit dengan meracunkan makanan mereka.

"Dia merancang untuk mengebumikan kesemua mayat di taman, tetapi dikesan oleh seorang rakan kepada ahli perniagaan itu, yang kemudian telah menyerang dan membunuhnya."

Rumah berkenaan kemudiannya dibiarkan kosong sejak bertahun-tahun dan menurut penduduk di kawasan itu kini mempercayai ia telah dihantui oleh roh keluarga yang dibunuh.

Majlis tempatan kini menawarkan rumah itu secara percuma kepada sesiapa yang mahu menjadikan ia sebagai sebuah kediaman, selepas beberapa cubaan untuk menjualnya gagal. - mirror.co.uk


mstar.com.my

No comments:

Post a Comment