Si cantik ini mungkin digugur sebagai calon PM selepas pilihan raya


Bangkok: Parti Pheu Thai mungkin menggugurkan Yingluck Shinawatra sebagai calon perdana menteri pada pilihan raya baru kelak.

Perdana menteri sementara itu berdepan dengan pelbagai masalah, sebahagian tidak boleh dirundingkan, menurut sumber parti berkenaan.

Ia termasuk dakwaan cuai berkait dengan skim subsidi padi yang mencetuskan kemarahan petani negara itu.

Sumber itu berkata, walaupun parti Pheu Thai akan bermati-matian memastikan ia menang dan mampu membentuk kerajaan baru, ia ragu peluang Yingluck untuk bertanding dalam pilihan raya berkenaan.

Suruhanjaya Antirasuah Kebangsaan (NACC) yang memanggil perdana menteri itu untuk menjawab tuduhan dijangka menamatkan siasatannya dalam masa dua bulan.

Sebarang pendakwaan sudah pasti memusnahkan harapan Yingluck untuk mempertahankan jawatannya.

Meskipun strategi asal Pheu Thai ialah Yingluck tidak tunduk kepada tekanan penunjuk perasaan antikerajaan supaya beliau meletak jawatan, sejauh mana perdana menteri itu boleh bertahan masih menjadi perhatian.

Tekanan terhadap beliau semakin meningkat selepas penunjuk perasaan antikerajaan kini mensasarkan perniagaan yang ada hubungan dengan keluarga Shinawatra.

Sumber itu tidak menolak kemungkinan Yingluck berdepan dengan tindakan undang-undang, daripada penunjuk perasaan dan petani.

Sumber: Harian Metro

No comments:

Post a Comment