Foto: Google
Senyumlah dan seluruh dunia akan senyum bersamamu. Ketawalah dan seluruh dunia akan turut bergelak tawa denganmu. Senyum dan ketawa sememangnya dapat menceriakan hari yang muram malah daripada segi saintifiknya, dua perkara ini dapat membantu mengurangkan tekanan biarpun hanya seketika.
Namun, adakah ketawa benar-benar penawar duka, khususnya bagi pasangan yang cuba mendapatkan cahaya mata? Kajian terkini mendapati ketawa adalah ubatnya!
Kajian yang dikenali sebagai MIRTH itu menunjukkan bahawa wanita yang menjalani rawatan kesuburan seperti persenyawaan invitro (IVF) dan pemindahan embrio mempunyai kadar kehamilan sehingga 36 peratus selepas mentertawakan jenaka badut, sementara wanita yang tidak ketawa sekadar mencapai kadar kehamilan 20 peratus.
Profesor perubatan dari Birmingham, Robin Ferner dan Jeffrey Aronson menjalankan kajian ini daripada hasil laporan perubatan pada 1946 hingga Jun 2013.
Ferner dan Aronson menghasilkannya dalam ‘sintesis naratif’ untuk mengenal pasti sama ada ketawa adalah ubat semula jadi terbaik untuk wanita yang cuba hamil.
Berdasarkan beberapa siri kajian selepas itu, jelas bahawa ketawa dari perut berupaya memberikan beberapa manfaat kesihatan. Daripada hamil hinggalah jatuh cinta, ketawa ada jawapannya.
Bagi pasangan yang menjalani rawatan IVF, penyelidik mendapati ketawa kecil membantu meningkatkan kejayaan dalam usaha mendapatkan cahaya mata.
Tekanan setiap hari dikenal pasti menjadi punca kepada banyak masalah kesihatan dan turut menjejaskan pasangan yang berusaha hamil.
Biarpun belum terbukti benar-benar berkesan, ketawa boleh menjadi penawar sementara. Sama ada untuk melegakan tekanan atau membantu aliran darah yang lebih baik, ketawa dapat mewujudkan persekitaran yang lebih positif.
Pakar psikologi hubungan, Dr Martha Lee menjelaskan, ketawa ibarat keperluan asas dalam sesebuah hubungan cinta dan saling berkait dengan hubungan intim yang lebih baik.
“Ketawa sama ada secara ikhlas atau dibuat-buat berupaya mengurangkan kebimbangan dan tekanan, sekali gus membantu diri rasa lebih selesa kala ingin melakukan hubungan intim.
“Tidak salah untuk ketawa yang sengaja dibuat-buat kerana akhirnya kita akan ketawa tanpa disedari. Lebih banyak ketawa dilakukan, lebih mudah untuk kita ketawa secara semula jadi selepas itu.
“Ketawa juga dapat merangsang otak dan meningkatkan sistem imun tubuh,” katanya.
Dalam membina hubungan pula, wanita yang sering atau mudah ketawa disifatkan lebih menarik dan majoriti wanita memilih lelaki lucu yang mampu membuatkannya ketawa.
Tambah Dr Martha, suasana lucu, walaupun belum dapat dibuktikan dalam kajian berskala besar dilihat berupaya menghangatkan sesebuah hubungan romantis.
Sumber: Harian Metro

No comments:
Post a Comment