(Foto) Wanita penggemar yoga ini punyai 100,000 pengikut di Instagram

Mantan atlet lompat galah Australia, Amanda Bisk mempunyai pengikut hampir 100.000 di Instagram yang memaparkan foto-fotonya sedang yoga.

Amanda Bisk belajar yoga melalui media sosial. Dia berkongsi informasi dan mendapat inspirasi dari penggemar yoga di dunia maya. Bisk juga mendirikan Bodysquad, komuniti online yang mengambil berat tentang kesihatan.  






Foto: instagram.com/amandabisk

Cerai isteri terlalu romantik



 Riyadh: Seorang lelaki menceraikan isterinya selepas tiga bulan berkahwin kerana mendakwa wanita itu ‘terlalu romantik’.

Laporan media tempatan semalam menyebut, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu terkejut apabila wanita itu berbelanja besar membeli lilin dan barangan lain untuk menghias rumah mereka agar kelihatan lebih romantik.


“Lelaki itu menuduh isterinya berhalusinasi selepas membelanjakan sejumlah besar wang dan meminjam SR5,000 (RM4,297) untuk membeli lilin dan barangan lain bagi menghias rumah mereka.

Dia kemudian membuat keputusan menceraikan wanita itu,” lapor akhbar berkenaan. - Agensi

Sumber

Cesc Fabregas sempurna untuk Liverpool - Robbie Fowler

 
LIVERPOOL - Berita minat Liverpool terhadap Cesc Fabregas sampai ke telinga legenda The Reds , Robbie Fowler . Menurutnya , gaya bermain Fabregas diperlukan untuk menyempurnakan permainan skuad Brendan Rodgers musim depan .

Memang kebelakangan ini terdengar khabar Fabregas ingin kembali ke Liga Perdana Inggeris. Chelsea dikatakan bersedia membayar 30 juta pounds kepada Barcelona bagi mendapatkan pemain tersebut.

Itu bermakna pasukan manapun yang mahukan Fabregas harus menyiapkan wang tunai seperti yang tertulis di atas . Khabatnya pihak pengurusan The Reds tidak keberatan dengan harga tersebut dan kini tengah mengambil langkah untuk mengajukan tawaran rasmi kepada Barcelona .

Bagi Fowler sendiri mendatangkan pemain yang berkaliber Fabregas adalah satu kemestian bagi kelab yang berpangkalan di Anfield ini jika ingin bersaing di Premier League dan Liga Juara-Juara musim depan .

" Fabregas adalah seorang pemain yang saya suka . Jika pemain sepertinya berada di senarai jualan maka anda perlu mendapatkannya . Dia adalah seorang pemain yang dikenali seluruh dunia dan akan sesuai dengan sistem permainan Liverpool , " papar Fowler , seperti dilaporkan GiveMeSport , Selasa ( 3/6/2014 )

Sumber: okezone.com

Inilah mee segera goreng paling pedas di dunia

 Foto: copyright gigazine.net

 Bagi sebahagian orang, makanan tidak enak jika tidak pedas . Maka tidak hairanlah jika makanan ringan pedas begitu disukai. Bagi memenuhi keinginan penggemar masakan pedas , sebuah syarikat mi segera di Jepun menghasilkan mee goreng paling pedas di dunia .

Yakisoba , salah satu pengeluar mi segera dari Jepun baru - baru ini mendakwa telah membuat mee goreng segera paling pedas dan boleh membuat anda bermandi peluh seperti dilapor oleh stomp.com.sg . Nama mee ini adalah EDGE : DEVIL HOT.

Mee segera ini dilengkapi sayuran , kicap , rempah dan serbuk cili kering yang sangat banyak , sehingga boleh dipastikan rasanya super duper pedas . Bahkan di pembungkusnya sudah diberi amaran :

WAY TOO MUCH HOT PEPPER


Beberapa orang sudah cuba mee goreng segera super pedas ini telah menulis di forum gigazine.net . Menurut ulasan , rasanya memang sangat pedas , namun tidak sampai membuat rasa terbakar di mulut atau tekak .

" Bos saya bahkan tidak memerlukan air minum saat menikmatinya dan hanya perlu sekali duduk untuk menghabiskannya , " ujar salah seorang penggemar mee Yakisoba .

" Saya merasa baik - baik saja ketika makan , tapi lidah saya terasa menyengat dan mula berpeluh , hidung berair . Tapi  cuma itu saja , " katanya.

Namun, pengeluaran mee segera ini adalah terhad.


Sumber: vemale.com

Misteri Pulau seram "la isla de la munecas"


Pulau ini sungguh misteri. Orang sekitar mengatakan pulau ini angker dan berhantu.Tidak ada yang tahu jelas bagaimana sejarah penduduk pulau ini, namun yang pasti pulau ini dipenuhi boneka-boneka yang dimutilasi/rosak.

Pulau seram ini terletak di sebuah saluran air(sungai) di selatan Mexico City. Orang Sepanyol memanggilnya, "La Isla de la Munecas" . Cerita-cerita yang berkembang tentang pulau ini berbaur mistik dan tahyul. tetapi di dalam keanehannya, ia menarik perhatian ramai pelancong. 


Unik dan menyeramkan! Itulah kesan setiap tetamu yang datang ke sana. Hampir semua pohon yang tumbuh di sana digantungi boneka-boneka yang menyeramkan. Sejumlah pelancong melaporkan, mereka merasa tidak selesa ketika berkunjung ke sana. Seolah-olah ada mata yang selalu mengawasi ke mana pun mereka bergerak.


Kononnya, dulu pulau ni merupakan kediaman seorang pertapa bernama Don Julian Santana . Walaupon dia telah berkahwin, namun entah kenapa dia memilih menghabiskan 50 tahun hidupnya menyendiri di pulau ini. Khabarnya, Don Julian mengaku, dia selalu dihantui oleh hantu gadis kecil yang telah lemas/tenggelam di salah satu saluran air(sungai) di sekitar pulau tersebut.Beberapa orang mengatakan, Don Julian inilah yang meletakkan boneka-boneka itu, menggantungnya di sekitar rumahnya dengan tujuan menenangkan roh budak kecil yang terus menerus menghantui hidupnya.


Ironinya, Don Julian ditemui mati oleh anak saudaranya pada tahun 2001 di lokasi saluran air(sungai) tempat di mana budak itu lemas/tenggelam. Kini Pulau Boneka itu menjadi kawasan pelancongan yang paling aneh di dunia.Sejumlah pelancong mengaku mereka mendengar ''bisikan-bisikan aneh'' dari boneka-boneka itu ketika menjejakkan kaki di pulau itu. Bisikan seperti desiran angin itu seolah mengatakan, kamu harus membawa hadiah bila datang ke sana. Hadiah itu untuk menenangkan jiwa mereka ... hadiah apakah itu???


Sumber

Ratusan pelajar lelaki bawah umur dijangkiti HIV selepas langgan pelacur

 
Gara - gara berhubungan seks dengan seorang pekerja seks komersil yang mempunyai HIV, ratusan pelajar disyaki dijangkiti virus tersebut .

Peristiwa ini terjadi di Israel . Malapetaka itu bermula selepas seorang pelajar berhubungan intim dengan pelacur tersebut . Tindakannya merakam dan menyebarkan kepada rakan - rakannya telah menyebabkan ramai pelajar  melakukan hubungan terlarang tersebut . Apatah lagi hubungan seks itu dilakukan secara percuma .

Salah seorang mangsa mengatakan bahawa dia merasa tidak punya pilihan selain untuk tidur dengan pelacur yang tidak meminta wang mereka  selain semua rakan - rakannya tidur dengan pelacur itu "

Aksi ini akhirnya berakhir di balai polis dan wanita tersebut ditahan oleh polis kerana berhubungan seks dengan ratusan kanak-kanak lelaki di bawah umur tersebut .

Kanak-kanak itu semua di bawah usia 14 tahun dan wanita itu sedang disiasat oleh polis selepas sekumpulan ibu bapa membuat aduan tentang dirinya. Dia kini menghadapi tuduhan merogol kanak-kanak.

 
Sumber: tribunnews.com

Jakim sahkan tiada DNA babi dalam Cadbury


BANGI: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam dua sampel coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang produk tenusu berkenaan minggu lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sampel yang dianalisis oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini sudah tercemar kerana ia tidak diambil terus dari kilang berkenaan.
Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, sebentar tadi.


Jamil Khir berkata, tiada sebarang hasrat kerajaan untuk melindungi syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd kerana ia adalah tanggungjawab JAKIM untuk menyakinkan umat Islam.

"Untuk tindakan susulan, kita akan buat pemantauan sekali lagi secara menyeluruh di kilang berkenaan supaya produk yang dikeluarkan benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia," katanya.

Sumber