Kucing nakal ini telah curi 11 helai seluar dalam jiran sebelah rumah

 
Apa yang dilakukan kucing ini mungkin di luar kelaziman kucing pada umumnya. Kita tahu kucing gemar mencuri ikan, tapi tidak dengan kucing ini.


Tersebar di sosial media, kucing bernama Brigit dari New Zealand ini gemar mencuri seluar dalam jiran sebelah.

Hanya dalam masa dua bulan, kucing dari jenis Tolkinese ini telah membawa pulang 11 helai  seluar dalam dan lebih dari 50 stokin kaki. Dan yang lebih parah lagi, itu semua dari jiran yang sama.

Semua seluar dalam itu dalam keadaan bersih mungkin Brigit mencuri ketika ia sedang dijemur selepas dicuci.

Dalam sebuah wawancara dengan New Zealand Herald, pemilik kucing tersebut Sarah Nathan mengatakan, "Ini semua (milik) lelaki. Ini benar-benar berlaku, benar-benar aneh. Ia (Brigit) punya selera yang benar-benar khusus. "



Sumber: Tribunnews.com

No comments:

Post a Comment