Prora, hotel mewah peninggalan Hitler

 Prora hotel peninggalan Hitler dengan 10 ribu bilik.

Prora, sebuah hotel mewah dibina semasa Hitler berkuasa. Hotel ini memiliki 10,000 kamar tidur yang semuanya menghadap ke laut. Namun, hampir 80 tahun sejak hotel ini dibangunkan tidak ada seorang pun pengunjung yang pernah menginap di sini.


kompleks bangunan ini sangat luas, ia dibangunkan oleh 9000 pekerja antara tahun 1936 hingga 1939 oleh pemerintah Nazi sebagai sebahagian dari program “Strength Through Joy” atau dalam bahasa Jerman “Kraft durch Freude,” (KdF). Tujuannya adalah untuk memberikan kegiatan rekreasi kepada pekerja Jerman dan menyebarkan propaganda Nazi. Penduduk setempat menyebutnya “Prora Colossus”, kerana strukturnya yang monumental.


Prora terletak di sebuah teluk yang luas antara wilayah Sassnitz dan Binz, Jerman. Kompleks ini terdiri dari lapan bangunan yang memanjang lebih dari 4.5 kilometer dan sekitar 150 meter dari pantai.

Selain itu, kerajaan Nazi juga mempunyai rancangan jangka panjang untuk membina empat resort. Semuanya dilengkapi dengan kemudahan pawagam, dewan festival, kolam renang dan dermaga di mana kapal layar "Strength Through Joy" berlabuh.


Hitler sangat bercita-cita tinggi. Dia mahukan sebuah resort laut gergasi, yang "paling kuat dan besar dari yang pernah ada" dan di dalamnya terdapat 20,000 tempat tidur.

Semua bilik dirancang menghadap ke laut, manakala koridor terletak di sisi yang menghadap ke darat. Setiap bilik berukuran 5 x 2.5 meter, mempunyai dua tempat tidur, almari dan sinki. Terdapat bilik mandi dan tandas serta bilik tarian di setiap tingkat. Di tengah, didirikan sebuah bangunan besar yang boleh diubah menjadi sebuah hospital tentera jika berlaku perang.


Pada masa perang dunia kedua meletus, pembangunan bangunan ini belum selesai dan keutamaan Hitler berubah. Beliau mula mengalihkan pekerja pembinaan untuk membina kilang peluru berpandu di Peenemünde.

Selama pengeboman oleh Pihak Berikat, banyak orang dari Hamburg menjadi pelarian di salah satu blok bangunan ini, dan kemudian pelarian dari timur Jerman juga ditempatkan di sana.
.
Setelah perang berakhir, Prora digunakan sebagai pos tentera untuk tentera Jerman Timur. Kemudian, ketika Jerman Barat dan Timur bersatu kembali pada tahun 1990, sebahagian daripada bangunan ini digunakan oleh Sekolah Kejuruteraan Tentera Bundeswehr dan terkini digunakan sebagai tempat perlindungan bagi pencari suaka dari Balkan.

Pada masa ini hampir kesemua tempat ini cukup sepi dan tidak dihuni kecuali beberapa blok yang telah diubahsuai untuk kepentingan yang lain. Pada tahun 2011, satu blok diubah menjadi youth hostel dengan 400 tempat tidur.

No comments:

Post a Comment