Siapa sangka, YouTube sebenarnya laman untuk cari jodoh

 
YouTube dikenali sebagai laman berkongsi video yang paling popular di internet. Namun siapa sangka YouTube sebenarnya dibuat bukan untuk berkongsi video melainkan sebagai laman web mencari jodoh.


Fakta mengejutkan ini diungkap oleh pengasas YouTube, Steve Chen seperti dilapor laman Cnet, Sabtu (15/3). Steve mendedahkan perkara ini ketika menghadiri persidangan SXSW di Austin, Texas, Amerika Syarikat.

Pada mulanya, Steve menggunakan YouTube sebagai laman web cari jodoh dengan menggunakan video. Beliau berpendapat bahawa video boleh digunakan secara praktikal untuk temu janji.

Pendaftaran domain YouTube dilakukan bertepatan dengan Hari Valentine iaitu 14 Februari. Visi awal YouTube adalah menjadi laman bagi mereka yang tidak mempunyai pasangan untuk memuat naik video profil mereka dan mendedahkan kriteria pasangan yang diingini.

Namun di awal kemunculannya, YouTube hanya mempunyai 3 orang yang mendaftar. Lima hari selepas dilancar, tak ada satu pun video yang dimuat naik di YouTube. Kemudian Steve dan rakan-rakannya mula melupakan matlamat awal YouTube sebagai laman web cari jodoh.

You Tube kemudiannya dibuka untuk semua jenis video. Ia berkembang dan menjadi laman berkongsi video dengan jumlah berbilion pengunjung dalam satu bulan

No comments:

Post a Comment