Cerita Sebenar Video Penampakan Pocong Melompat Di Tawau


 Sejak beberapa hari lalu tersebar sebuah video yang memaparkan kelibat 'pocong' yang sedang melompat-lompat membuatkan ada penduduk sekitar Kg Jawa, Tawau Sabah mulai rasa takut dengan kehadiran makhluk berkenaan.


Video yang bermain di media sosial tersebut berdurasi 13 saat menjadi bualan ramai di mana memaparkan kelibat susuk manusia dibaluti kain kapan melompat-lompat di bawah pokok.


Pocong di tawau.
Di tawau semalam.
Posted by Kupi - Kupi Show on Sunday, December 13, 2015


Kerana penyebaran video tersebut penduduk kampung mengambil keputusan menyiasat kejadian berkenaan di kawasan itu dan apa yang ditemui agak mengejutkan.

Rupa-rupanya kelibat 'pocong' tersebut memang ada tetapi cuma pocong palsu yang sengaja 'dihidupkan' oleh remaja-remaja nakal.




Mereka dikatakan membalut ranting kayu dengan kain putih kemudian menggantung 'pocong' berkenaan menggunakan tali tangsi yang ditarik untuk menjadikannya seolah-olah melompat.

Jadi semuanya sudah terjawab dan video yang diviralkan tersebut hanyalah 'pocong' yang dihidupkan oleh 'rakan-rakanya'.



Kredit - Siakapkeli.my

1 comment: