Foto: Oddity Central
Seorang pemburu di Rusia berjaya membunuh seekor babi hutan seberat 535 kilogram di kawasan pergunungan Ural, Russia.
Pemburu yang bernama Maximov, 36, pergi memburu di hutan berhampiran Kampung Shokurov. Kemudian seperti yang biasa dilakukan setiap kali memburu, Maximov meletakkan umpan untuk memancing haiwan buruan.
Umpan yang dia gunakan telah mengundang seekor babi hutan gergasi, Maximov langsung menembak haiwan besar itu. Namun, tembakannya tidak berjaya membunuh haiwan tersebut. Akhirnya babi liar itu lari kembali ke dalam hutan.
Maximov yang takut untuk mengejarnya, meminta bantuan kepada penjaga hutan tempatan untuk mengesan babi hutan tersebut. Tidak lama kemudian mereka berjaya menemukan babi gergasi tersebut, dan keduanya terus menembak haiwan besar itu. Setelah berjaya membunuhnya, Maximov meminta bantuan pemburu lain untuk membawa babi gergasi tersebut.
Kerana tidak muat ke dalam trak, akhirnya Maximov mengikat haiwan tersebut di belakang trak itu dan membawanya ke kampungnya. Dia langsung meminta rakan pemburu lain untuk mengambil gambar haiwan gergasi tersebut.
Setelah ditimbang, babi tersebut mempunyai berat 535 kilogram dan tinggi 1.7 meter. Gambar babi gergasi itu kemudiannya dimuat naik ke media sosial, sebagaimana dilapor Odditycentral, Sabtu (5/12/2015).
Gambar itu telah menghebohkan netizen dari serata dunia, dan beberapa kali telah dimuat naik ke forum memburu warga Rusia.
Babi liar di wilayah timur Eropah yang paling besar pernah direkodkan hanya mempunyai berat maksimum 350 kg.
Sumber: Okezone.com

No comments:
Post a Comment