Penulis buku Harry Potter, J.K. Rowling, berkata calon calon Presiden Amerika Syarikat dari Parti Republik, Donald Trump, lebih jahat daripada salah satu watak paling jahat dalam bukunya, Lord Voldemort.
Hal tersebut dikatakan Rowling melalui kicauan di Twitter selepas Trump mengeluarkan kenyataan kontroversi yang melarang muslim datang ke Amerika Syarikat.
Dalam cuitan Selasa pagi, 8 Disember 2015, Rowling memberi respons dengan mengatakan Lord Voldemort, yang menyeru pengikutnya untuk memusnahkan ahli sihir yang mempunyai darah nonmagis atau muggle, tidak sejahat ahli perniagaan AS tersebut.
Seperti yang dilaporkan oleh CNN, Rowling retweet posting BBC tentang berita Trump tersebut dengan menambah caption. "Sangat mengerikan. Voldemort tidak sejahat ini."
Voldemort adalah penjahat utama dalam tujuh siri filem Harry Potter yang diadaptasi daripada novel karya Rowling. Dia dianggap sebagai ahli sihir paling kuat di Dark Wizard, dan misinya adalah membersihkan bangsa ahli sihir dari muggle.
Kicauan Rowling, yang tidak asing dengan komen politik tersebut, mendapat sokongan daripada peminat Harry Potter di seluruh dunia, yang memanggilnya queen.
Selain Rowling, beberapa yang lain telah menyamakan Trump dengan figur jahat lain. Di antaranya Philadelphia Daily News yang menyamakan Trump dengan Adolf Hitler.
Sumber: dunia.tempo.co

omg
ReplyDelete