Kisah sedih polis dan kudanya

 Polis Houston terus memeluk dan menangisi kudanya yang maut dilanggar lori di jalan raya di bandar Houston, Amerika Syarikat, Disember 2015. (metro.co.uk)
 
Kasih sayang manusia kepada haiwan boleh menjadi setara dengan kasih sayang kepada sesama manusia. Polis Houston, AS, ini membuktikannya.

Seorang polis di Houston yang sedang membuat rondaan bersama seekor kuda yang telah bertahun-tahun menjadi rakan kerjanya telah dilanggar sebuah lori simen yang menyebabkan  kudanya terbunuh.

Memetik laporan laman Metro, Selasa 8 Disember 2015, D Herrejon tidak sedikit pun melepaskan Charlotte, kuda betina yang telah menjadi pasangannya semasa bertugas. Dia terus memeluk dan mencium kudanya itu hingga ajal menjemput Charlotte.

Walaupun mengalami kecederaan dan memerlukan bantuan perubatan, namun Herrejon tidak mahu meninggalkan Charlotte seorang diri terbaring di atas jalan raya. Dia terus memeluk kepala kuda betina itu dan membelainya.

"Charlotte pertama kali bergabung dengan pasukan kami pada usia 2 tahun. Ia mengalami perkembangan yang sangat baik dalam program latihan yang dibuat. Charlotte berjaya melalui ujian dan bekerja di kawasan bandar Houston," demikian keterangan yang diberikan oleh pihak polis Houston.

Charlotte diceritakan sangat menyukai dan menikmati pekerjaannya untuk ikut menangkap penjenayah selama empat tahun ini. 
 
"Dia akan dirindukan,"  kata pihak polis lagi.

Manakala Herrejon dikhabarkan masih dalam rawatan, namun keadaannya sudah mulai pulih.



Sumber: Viva.co.id

No comments:

Post a Comment