Ada lukisan lain di sebalik lukisan Monalisa?


Lukisan Mona Lisa memang terkenal kerana misterisnya. Baru-baru ini seorang saintis Perancis mendakwa telah menemui sebuah lukisan baru di sebalik lukisan karya Leonardo da Vinci tersebut.

Setelah melakukan analisis selama satu dekad, Pascal Cotte akhirnya membuat dakwaan yang sensasi. Pascal mengatakan ada lukisan lain yang disembunyikan Leonardo sebalik karyanya yang fenomenal itu.

Pascal menggunakan sebuah teknik yang disebut Layer Amplification Method untuk mencari gambar tersembunyi ini. Teknik ini bekerja dengan cara menonjolkan siri cahaya intensif pada lukisan. Dari ukuran itu, Pascal boleh membina semula dan juga menganalisa lapisan-lapisan pada lukisan.

Selama berabad-abad identiti Mona Lisa menjadi perdebatan. Banyak yang meyakini dia adalah Lisa Gherardini, isteri peniaga sutera Florentine. Tapi dengan penemuan ini, Pascal mendakwa gambar yang direkonstruksinya adalah seorang yang berbeza dari mitos yang tersebar.

"Hasil ini memusnahkan banyak mitos dan mengubah cara pandang kita terhadap karya masterpiece Leonardo," ungkap Pascal. "Apabila saya selesai merekontruksi Lisa Gherardini, saya ada di depan foto itu dan dia benar-benar berbeza dengan Mona Lisa."

Namun, tak semua orang bersetuju dengan dakwaan Pascal ini. Misalnya Profesor Emeritus di Fakulti Sejarah Seni di Universiti Oxford, Martin Kemp, yang tidak yakin dengan dakwaan ini dan menganggapnya berlebihan.



Sumber: wowkeren.com

No comments:

Post a Comment