Ibu nikahi anak kandung atas dasar suka sama suka


Cinta memang tak mengenal batas usia, wilayah, jantina, dan pelbagai aspek lain. Namun, apa jadinya jika seorang ibu begitu menyayangi anaknya hingga ingin menjalin hubungan asmara?

Dilapor Elitereaders, atas jasanya membesarkan anaknya hingga dewasa, si ibu tidak rela anak lelakinya jatuh cinta dengan wanita selain dirinya.

inilah yang berlaku di Zimbabwe seorang ibu bernama Betty Mbereko berkahwin dengan anaknya sendiri atas dasar suka sama suka.

Mereka berhasrat merasmikan hubungannya melalui perkahwinan.


Wanita berusia 40 tahun ini juga tengah hamil hasil dari hubungan incest (sedarah) dengan anak  kandungnya.

Betty sudah menjanda selama 12 tahun dan tinggal bersama anaknya, Farai Mbereko (23). Betty merasa bangga kerana berjaya membesarkan Farai hingga dewasa dan menjadi orang berjaya.

Usai suaminya meninggal, Betty merasa mempunyai hak atas anak lelakinya tersebut dan berhak untuk berkahwin dengan Farai.

Tidak disangka, Farai juga menyokong tindakan gila ibunya. Dia juga bersedia untuk berkahwin dengan Betty.

Ramai orang tidak bersetuju dengan hubungan cinta ibu dan anak ini kerana ia bertentangan dengan norma dan agama.

Ketua kampung meminta mereka membatalkan pernikahan atau pergi dari kampung, keduanya memutuskan pergi meninggalkan kampung dan berkahwin di tempat lain.



Sumber: Tribunnews.com

No comments:

Post a Comment