Warga kota Barnaul, Siberia yang geram dengan tingkah laku korup dan nepotisme ahli politik akhirnya memilih kucing sebagai calon datuk bandar.
Menurut tinjauan di media sosial Rusia Altai Online, para penduduk majoriti memilih kucing coklat jenis Scotish bernama Barsik sebagai calon datuk bandar mereka. Bersik telah menjadi perbincangan di forum-forum dunia maya di bandar dengan 700 ribu penduduk yang terletak 3,600 kilometer dari timur Moscow.
"Orang ramai sudah tak tahu siapa yang harus dipercayai," kata Yevgeny Kuznetsov, seorang pesara seperti dilapor oleh The Guardian, Rabu (16/12/2015).
"Populariti Barsik menandakan bahawa kami sudah tak lagi percaya pada pihak berkuasa," katanya lagi.
Barnaul adalah bandar yang berdekatan dengan pergunungan Altai. Dalam lima tahun terakhir telah terjadi rasuah besar-besaran dalam kerajaan tempatannya.
Sebuah suruhanjaya ditubuhkan oleh dewan bandar dan gabenor Alexander Karlin akan melantik Datuk Bandar baru selepas Datuk Bandar sebelumnya, Igor Savintev berundur pada Ogos lalu selepas skandal rasuah menimpa dirinya. Sementara, anaknya, Maxim menunggu perbicaraan atas penipuan di Thailand.
Savintev yang memimpin kota itu dari tahun 2010, dituduh telah menjual beberapa tanah milik kerajaan kepada syarikat milik keluarga kaya. Bandar itu mengalami kerugian sebanyak 11 juta Rubles atau kira-kira US $ 157 ribu.

Sumber: Liputan6.com
Jadikan pengajaran buat politikus ni
ReplyDeleteAgak-gak pemimpin kita tengok ni rasa tersindir tak Redz?
ngeooong
ReplyDelete