Gambar: Ribuan polis terlibat tangkap ketua Yakuza Jepun


Satoru Nomura, 67, ialah ketua kongsi gelap Yakuza Kudokai.

Baru-baru ini beliau ditahan kerana disyaki suspek utama ke pembunuhan yang berlaku pada tahun 1998.

Satoru Nomura dikatakan menembak mati Kunohiro Kajikawa (70) ketua koperasi nelayan tempatan kerana enggan berurusan dengan kongsi gelap.

Bagi memastikan penahanan dapat dilakukan dengan selamat ratusan polis pencegah rusuhan dikerah untuk mengelilingi rumah godfather ini.

Sindiket Kudokai adalah kumpulan Yakuza terbesar di Jepun dengan ahli dikatakan mencecah 60,000 orang.

Mungkin polis Jepun ingin memastikan Satoru dapat ditangkap tanpa konco-konconya datang menyelamatkan beliau.

Foto: Daily Mail
Sumber: Blog Serius





2 comments:

  1. Sampai macam itu sekali. Hebat juga Godfather ini walaupun penjenayah tapi ramai konco-konconya..

    ReplyDelete