NASA temui aliran air di Planet Marikh


WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) menemui aliran air di Planet Marikh dan menyatakan kemungkinan terdapat hidupan di sana.

Menurut Pengarah Sains Planet NASA, Jim Green, planet Marikh tidak gersang dan kering seperti yang diketahui sebelum ini.

"Dibawah keadaan tertentu, aliran air ditemui di Marikh," katanya

Sebelum ini, ahli sains telah membuat spekulasi bahawa mungkin ada sesuatu yang hidup di planet yang dikenali sebagai Planet Merah ini.

"Kehadiran aliran air membolehkan kehidupan wujud di sana," kata Nasa.

Memetik AFP, kehadiran air juga akan  memudahkan penghantaran misi manusia ke Marikh yang dijangkakan akan dilakukan oleh NASA pada tahun 2030.

Para saintis telah lama percaya bahawa air pernah mengalir di seluruh planet itu dan membentuk lembah-lembah dan ngarai, tetapi perubahan iklim utama kira-kira tiga bilion tahun dahulu berubah keadaan itu.

"Hari ini kita semula merevolusikan pemahaman kita tentang planet ini," kata Jim

Sebelum ini, Rover Penjelajah Marikh mengesan banyak kelembapan di udara Marikh

"Tanah di planet itu adalah lebih lembap daripada yang dijangkakan," ujarnya.

Sejak empat tahun lalu, Nasa memantau jalur-jalur gelap di lereng permukaan planet Marikh, bagaimanapun, selepas kajian dan analisis mendalam dilakukan, mereka merumuskan jalur-jalur itu adalah air.



Sumber: Sinar Harian

2 comments: