Tindakan seorang kaki vape memuatnaik statusnya ke dalam group VAPOR MALAYSIA OPEN GROUP di mana dia menempelak sikap dua orang pelajar perempuan yang menggunakan kedai mamak sebagai tempat mengulang kaji menyebabkan dia susah hendak hisap vape menerima padah apabila tindakan beliau berkenaan diselar oleh pengguna vape yang lain.
Beliau yang telah memuatnaik gambar dua orang pelajar perempuan berkenaan yang asyik mengulang kaji pelajaran di mana mereka duduk berhampiran dengannya dengan kapsyen.
"Kalau nak study, pergi balik rumah. Pergi dok mamak buat apa? Orang hisap vape, asap angin tolak kena kau. Kau nak pandang aku semacam pula? Macam aku hisap dadah pula. Juboo," katanya.
Namun statusnya yang mungkin pada fikirannya akan disokong oleh kaki-kaki vape ternyata meleset apabila tindakannya itu menyebabkan dia dikritik oleh mereka.
Mereka menyifatkan tindakan lelaki berkenaan mementingkan diri dan sikapnya itulah menyebabkan kebencian masyarakat kepada vaper meningkat.
Bayangkan dalam masa 26 minit (gambar diatas) dia menerima 500 komen yang kebanyakkan menempelak sikapnya itu.
"Mamak ini milik semua. Orang lepak kedai mamak sebab nak makan dan guna kemudahan WiFi. Kalau nak hisap vape, sila pergi kedai vape," kata seorang vaper.
"Nak hisap vape, pergi duduk di rumah. Kau sembur asap sana sini kau ingat kedai mamak tu bapak kau punya ke? Ambil gambar, muat naik di group Vapor Malaysia Open Group, tetapi akhirnya memalukan diri sendiri," kata seorang vaper menggunakan nama Zul.
Kredit: Siakapkeli.my

No comments:
Post a Comment