Tara Monroe memandu kereta mainan ke kolejnya.
TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang pelajar memandu kereta mainan ke kolej selepas lesennya digantung akibat kesalahan memandu dibawah pengaruh alkohol, bulan lepas.
Menurut laporan portal tempatan KHOU, Tara Monroe menggunakan kereta jenis 'Barbie Jeep' selepas ayahnya menarik balik kemudahan kereta yang diberikan.
"Dia suka membuat drama," kata ayah Tara, Monte.
Walaupun anak perempuannya menyesal selepas lesennya digantung, tetapi Tara juga tidak mahu menggunakan basikal untuk ke kolej.
"Jadi dia pergi ke laman jual beli atas talian Craiglist dan membeli kereta mainan berkuasa bateri dengan harga USD50 (RM258)," kata Monte.
Tara kemudian menggunakan kereta mainan tersebut sebagai kenderaan utama untuk ke kolej, Texas State University dan bersiar-siar.
Monte memberitahu, beliau berharap remaja lain akan melihat keadaan Tara sebagai satu amaran.
"Saya tidak mahu Tara atau remaja lain membuat kesalahan (mabuk dan memandu), jadi Tara perlu belajar dari kesilapan ini.
"Dan saya tidak akan membenarkan dia memandu untuk tempoh yang sangat lama," katanya tegas.
Sumber: Sinar Harian

No comments:
Post a Comment