Ahmed Mohammes
TEXAS - AMERIKA SYARIKAT. Seorang remaja lelaki beragama Islam menjadi perhatian di media sosial dan mendapat jemputan White House serta pengasas Facebook, Mark Zuckerberg selepas dia digari dan digantung kelas hanya kerana jam buatan sendiri yang diciptanya disangka bom.
Ahmed Mohammes, 14, digantung kelas , digari serta ditahan polis selepas jam ciptaannya yang dibawa ke sekolah disangka bom oleh gurunya.
"Saya mencipta jam untuk menarik perhatian guru, tetapi apabila saya menunjukkan kepadanya, dia fikir ia adalah satu ancaman kepadanya.
"Saya berada sangat sedih kerana dia salah faham." kata Ahmad dalam satu sidang media di hadapan rumahnya.
Ahmad diarahkan keluar dari kelas dan dibawa ke pusat tahanan selepas dia menunjukkan jam digital kepada gurunya di MacArthur High School.
Ketua polis Irving, larry Boyd berkata, jam itu kelihatan mencurigakan tetapi tidak ada bukti yang kanak-kanak itu memberi ancaman dan menganggap kes ini ditutup.
Ahmed berkata, dia merancang untuk berpindah sekolah selepas insiden ini.
Ditanya apa yang dia akan berkata kepada kanak-kanak lain yang suka mencipta, Ahmed menjawab, "Buatlah apa yang disukai, dan jangan biarkan orang mengubah siapa anda, walaupun mendapat kritikan untuk itu, tunjukkanlah kebolehan dan bakat anda kepada orang lain," katanya dipetik AP.
Kisah Ahmed mendapat perhatian di media sosial dengan hastag #IStandWithAhmed dan menerima tweet lebih 1 juta kali oleh pelayar.
Sementara itu, peguam yang mewakili Ahmed, Linda Moreno berkata, keluarga Ahmed sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap polis berhubung insiden ini.
Ahmed turut mendapat perhatian oleh Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, calon presiden Demokrat, Hillary Clinton dan pengasas Facebook Mark Zuckerberg.
Barrack Obama menerusi laman Twitternya berkata, jam ciptaan remaja itu sebagai "cool" dan semua kanak-kanak harus mencontohinya dan mempelajari Sains kerana ia akan menjadikan rakyat Amerika hebat.
Ahmed turut dijemput untuk mengambil bahagian pada malam Astronomi di White House pada bulan depan yang akan dihadiri saintis terulung.
Dalam pada itu, pengasas Facebook turut menyatakan keterujaannya terhadap Ahmed.
"Mempunyai kemahiran dan cita - cita untuk membina sesuatu yang bagus harus dipuji.
"Kepada Ahmed,, jika kamu hendak ke Facebook, saya berharap dapat berjumpa dengan anda, terus membina, " kata Mark melalui laman Facebook miliknya.
Bapa Ahmed, Mohamed Elhassan Mohamed, berkata, anaknya sangat sukakan pada elektronik, dia membaiki jam, telefon dan barangan elektrik malah telah membina sebuah go-kart.
Bapanya yang juga merupakan seorang migran Sudan, berkata, dia terharu dengan sokongan yang diberikan untuk anaknya dari seluruh negara.
"Saya berterima kasih kepada Amerika Syarikat," katanya.
Sumber: Sinar Harian

No comments:
Post a Comment