Rumah Julia Rivera lokasi dia mencurah minyak jagung panas ke atas teman lelakinya. Gambar kecil, Julia Rivera
Hartford: Seorang wanita di Connecticut menyerah diri kepada polis awal pagi semalam selepas mengaku membakar teman lelakinya sehingga mati, namun dia bernasib baik, kerana lelaki terbabit terselamat.
Julia Rivera, 47, dikenakan dakwaan menyerang, melakukan tindakan berbahaya secara melulu, mengingkari arahan perlindungan dan salah laku oleh pihak polis.

Wanita terbabit sebelum itu menghubungi talian kecemasan 911, pada jam 12.30 tengah malam untuk membuat laporan bahawa dia membunuh teman lelakinya. Rivera juga meminta polis menahannya kerana membakar teman lelakinya hingga mati, tanpa menyedari bahawa lelaki terbabit terselamat tetapi mengalami 70 peratus kesan melecur.
Apabila pegawai polis tiba di lokasi kejadian, mereka melihat Rivera menunggu di luar rumahnya, bersedia untuk dibawa pergi.
Mengaku bakar
“Tangkap saya. Saya yang melakukannya. Saya bakar dia hidup-hidup,” katanya kepada mereka.
Apa yang tidak diketahui Julia ialah teman lelakinya masih hidup.
Akhbar The Hartfort melaporkan dia ditemui di dalam sebuah rumah beberapa blok dari situ dan segera dikejarkan Pusat Kebakaran Connecticut di Hospital dengan 70 peratus tubuhnya melecur.
Polis berkata, Rivera mencurah teman lelakinya dengan minyak jagung panas dari kuali di rumahnya. AGENSI
BH
No comments:
Post a Comment