Diva pop Taiwan yang mati 18 tahun lalu kembali menyanyi atas pentas

Taipei: Diva pop Taiwan yang mati lebih 18 tahun lalu, muncul di atas pentas untuk membuat persembahan di satu konsert, kelmarin.

Bagaimanapun, kemunculan penyanyi legenda itu hanya dalam imej maya yang dihasilkan menerusi komputer.


Namun, ia tetap menghiburkan 15,000 penonton yang sudah lama menanti konsert berkenaan.

Teresa muncul di atas pentas bersama-sama penyanyi tempatan dan pelakon filem Chou untuk menyanyi tiga lagu.

Kemunculannya dalam imej maya adalah hasil pembikinan semula gerak-geri dan ekspresi Teresa yang dibuat oleh Digital Domain 3.0, sebuah syarikat California yang pakar dalam pembuatan imej digital untuk industri hiburan.

Berpakaian gaun serba putih, imej maya Teresa menyertai Chou untuk menyanyi lagunya yang amat popular, “What Have You to Say,” serta dua lagu Chou, “Red Tavern” dan “Thousand Miles Away.” Kemerduan suara dan kemunculan imej maya Teresa yang tidak ada beza dengan wajahnya ketika dia hidup menyebabkan penonton terpegun.

Teng, yang terkenal kerana menyanyikan lagu rakyat dan cinta mempunyai peminat menjangkau benua Asia apabila dia meninggal dunia pada usia 42 tahun pada 1995, Pada 1986, dia dinobatkan oleh majalah Time sebagai seorang daripada penyanyi wanita terbaik dunia dan disanjung kerana kejujuran dan kesopanannya.

Lagunya dijadikan sound track filem Wayne Wang berjudul ‘The Joy Luck Club’ yang diterbitkan dua tahun sebelum kematiannya. - Agensi

MyMetro


No comments:

Post a Comment