AHMAD (dua dari kiri) menunjukkan bom buatan sendiri yang dirampas di Sungai Petani.
Alor Setar: Polis menahan sembilan lelaki termasuk seorang pelajar berusia 14 tahun selepas menyerbu dua premis di Sungai Tukang, Sungai Petani, kerana memiliki dan memproses 10 bom buatan sendiri berkuasa tinggi yang dipercayai boleh menyebabkan sesebuah kenderaan melambung setinggi bangunan tiga tingkat jika diletupkan.
Dalam serbuan dari jam 11 pagi hingga 2.30 petang, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) D9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dan JSJ Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menyerbu sebuah rumah dan bengkel di kawasan berkenaan.
Difahamkan, pelajar lelaki terbabit kerap ponteng ke sekolah dan bekerja sambilan di bengkel berkenaan untuk memproses bom buatan sendiri sebagai punca pendapatannya.
Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim berkata, polis menyerbu di lokasi pertama di sebuah rumah di Sungai Tukang dan menahan dua lelaki.
“Soal siasat terhadap kedua-dua suspek membawa kepada serbuan kedua di lokasi sama sehingga tertangkapnya tujuh lelaki, termasuk pelajar itu di sebuah bengkel membuat dan memproses bom buatan sendiri.
Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

No comments:
Post a Comment