Tukang urut dan pelanggan yang dicekup.
SUBANG JAYA – Asyik melakukan seks oral, seorang pelanggan dan tukang urut dicekup dalam keadaan berbogel di sebuah rumah urut di Puchong, lewat malam kelmarin.
Lelaki berusia 50-an itu dikatakan menikmati layanan tukang urut warga asing dalam keadaan menjijikkan di salah satu ruang yang dipisahkan menjadi bilik-bilik kecil di premis terbabit.
Hasil serbuan Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di tiga premis termasuk di Subang Jaya dan Seri Kembangan, 10 tukang urut wanita warga Vietnam ditahan.
Pengarah Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Mejar (B) Mohd Rasip Rasul berkata, hasil maklumat dan risikan sepasukan anggotanya menyerbu masuk premis menjalankan aktiviti perniagaan tanpa lesen sah daripada pihak majlis.
Menurutnya, tukang urut yang diberkas gagal mengemukakan pengenalan diri masing-masing dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, serbuan ke premis kedua di USJ 21, Subang Jaya mendapati premis dijalankan dengan kebenaran namun menyalahgunakan lesen dikeluarkan majlis.
Pengusaha didapati tidak menawarkan urutan biasa kepada pelanggan tetapi terus mempelawa golongan itu untuk mendapatkan urutan batin dan khidmat seks.
Tambah teruk lagi, pengusaha turut menyediakan kondom kepada pelanggan yang memerlukannya.
“Ketika serbuan beberapa kondom baru dan terpakai ditemui dalam tong sampah,” katanya.
Kesemua pengusaha premis berdepan tindakan di bawah UUK 3 Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan Dan Penjagaan Kesihatan MPSJ 2007 yang membawa hukuman denda RM1,000. Barang peralatan urut dirampas dan premis ditutup.
Sinar Harian
macam2
ReplyDeleteish ish ishh..
ReplyDeletesyabas mpsj kerana memberi lesen dan menarik lesen kepada yg tidak beretika.
ReplyDelete