Lelaki tua dari Brazil ini mahu bernikah dengan kambing

Jundiai - Ada lelaki beranggapan wanita adalah makhluk yang terlalu banyak bicara dan disebabkan hal itulah ada yang enggan menjalin hubungan serius dengan wanita. Hal inilah yang membuatkan seorang lelaki warga Brazil untuk menikahi kambing betina bernama Carmelita.

"Dia tidak banyak bicara dan tidak mahu wang," ujar Aparecido Castaldo, dilansir laman Metro.co.uk, Khamis, 5 September 2013. Lelaki berusia 74 tahun asal Kota Jundiai, Brazil, ini  mahu menikahi kambing peliharaannya.

Pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan pada 13 Oktober mendatang di sebuah gereja di Jundiai. Lengkap dengan upacara yang dipimpin oleh seorang bishop, resepsi akan dimeriahkan dengan pesta.

Aparecido telah jatuh cinta dengan Carmelita sejak dua tahun terakhir. Lelaki yang sudah mempunyai lapan orang anak dari empat perkahwinan ini mengatakan, si kambing mempunyai kelebihan dibanding seorang wanita. Carmelita tidak cerewet dan tidak mata duitan.

Meskipun demikian, pernikahan ini tidak akan seperti perkahwinan pada umumnya. Walau si kambing telah naik pangkat menjadi mempelai wanita di sebuah resepsi pernikahan (biasanya kambing menjadi santapan), Aparecido menegaskan, tidak akan ada hubungan intim antara keduanya.

tempo.co

No comments:

Post a Comment