Jimmy Shanley perkenal selipar jenama 'CuriDose' selepas hilang kasut berharga RM2000

 
PENGALAMAN kehilangan kasut berjenama ketika berhenti solat di sebuah masjid mendorong pengacara, Jimmy Shanley memperkenalkan selipar jenama ‘CuriDose’.

Menurut Jimmy, peristiwa kasut jenama yang berharga RM2,000 hilang ketika menunaikan solat di sebuah masjid yang terletak di Subang Jaya beberapa tahun lalu memberi inspirasi untuknya memperkenalkan selipar dengan jenama itu.

"Nama CuriDose itu sendiri menjadi peringatan kepada sesiapa yang selalu 'terambil' selipar yang bukan kepunyaan mereka," katanya.

Tambahnya lagi, sambutan yang diterima amat positif dan selain bercadang untuk memperluaskan jenama itu dengan mengeluarkan barangan lain.

Sementara itu, tinjauan di laman Instagram milik pengacara itu serta Instagram CuriDose mendapati ia mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelanggan.

Selipar CuriDose didatangkan dengan warna-warna yang menarik dan Jimmy turut dilihat mengembangkan jenama CuriDose dengan mengeluarkan T-shirt.



Sumber: Sinar Harian

1 comment:

  1. Hee... menarik!
    Kalau kakak jumpa kakak nak beli utk abang:)

    ReplyDelete