Gambar "ketam" aneh di Marikh


 Labah-labah, makhluk asing, John Carter, ketam angkasa - itu antara cadangan yang diberikan oleh pengguna media sosial apabila melihat satu gambar dari planet Marikh terbaru dikeluarkan oleh NASA.

Gambar yang diambil oleh NASA Curiosity pada bulan Julai lalu mendapat sambutan hangat di kumpulan Facebook "Journey to the Surface of the Mars".

"Now this one is AWESOME!!!" tulis group terbabit di kapsyen gambar berkenaan.


 Ini bukan pertama kali NASA Curiosity berjaya mengambil gambar yang mencetus perdebatang antara orang ramai dan juga ssaintis.

Awal Julai lalu, Curiosity berjaya mengambil gambar batu yang dipanggil "bed rock" yang tidak pernah dijumpai sebelum ini yang mungkin mengandungi material organic.


Menurut NASA,  batu terbabit mengandungi kandungan Silica dan juga Oksigen yang tinggi sama seperti quartz.



Kredit: Siakapkeli.my

1 comment:

  1. Semakin banyak benda aneh ditemui itu adalah juga petanda dunia kian menghampiri akhir zaman.

    ReplyDelete