Sekurang-kurangnya 25 rumah terbakar dan 10 orang cedera kerana tindakan seorang lelaki yang berang selepas dimarahi isteri, di daerah Bang Khen, Bangkok
Menurut pegawai polis, insiden itu berlaku selepas suspek, Kachen Bonma yang juga penganggur bertengkar dengan isterinya.
"Isterinya, Jenjira Bonma mengaku berlaku pertengkaran bersama suspek selepas dia pulang lewat kerana keluar minum bersama rakannya," kata Kolonel Winit Srisoongnoen.
Kachen kembali semula bersama rakannya dan bertindak membakar rumah mereka sebagai tanda protes kepada isterinya.
Bagaimanapun, kebakaran itu merebak dengan cepat dan gagal dikawal oleh mereka.
Insiden tersebut turut memusnahkan lebih 25 rumah jiran mereka yang berada di kawasan berhampiran. - Bangkok Post
tu dia!!!!menyusahkan orang betul
sumber:SH & teakdoor.com
apa la macam2 nie
ReplyDeletemacam ni pun ada yea..
ReplyDeletehadui..lepas tu sapa yg kena byr gantirugi jiran2..? insurans..? pengsan..hehe..
ReplyDelete