Lamborghini Aventador berada di pasaran Malaysia

Pengedar rasmi kenderaan jenama Lamborghini di Malaysia, JH Italia Sdn Bhd, memperkenalkan model Lamborghini Aventador Roadster di pasaran negara pada harga sekitar RM3 juta seunit.

Ketua Pegawai Operasinya, Marcus Chye berkata, JH Italia menyasarkan jualan sekitar lapan unit model berkenaan pada tahun hadapan.

“Setakat ini kami telah menerima satu tempahan dan penghantaran dijangka pada Mei dan Jun 2013. Manakala, bagi pelanggan yang menempah selepas penghantaran pertama dilakukan, penghantaran seterusnya akan memakan masa kira-kira 18 bulan,” katanya selepas majlis pelancaran Lamborghini Aventador Roadster di Glenmarie, Shah Alam, semalam.

Menurutnya, bagi tahun ini, JH Italia  menjual kira-kira 50 unit model Lamboghini Aventador Coupe dan Gallardo.

Waranti yang ditawarkan bagi Lamborghini Aventador Roadster adalah selama tiga tahun dengan jadual penyelenggaraan berkala setiap 12,000 kilometer.



sesiapa yang ada duit berkoyan-koyan tu bolehlah beli sebijik dua..RM3 juta aje murahkan hahaha aku hanya mampu tengok gambar je huuuuu


sumber: sinar harian

9 comments:

  1. aduh...3 Juta je..?? murah sungguh....rasa macam nak beli 10 :P

    ReplyDelete
  2. kalo ko dah beli, jangan lupakan ku redzaaaaaaaaaaaaaaa

    ReplyDelete
  3. Wow!! Redz nak order satu ke? Kalau kakak ada duit banyak pun kakak tak nak beli ini baik beli tanah buat bangunan (anganan org tak berduit heee..)

    ReplyDelete
  4. oo..ada gak baca dlm blog uncle lee ritu. pjg lebar gak penerangan suspennya.. kekeke..

    ReplyDelete
  5. gila la harga dia...terbaik la...kalau dapat memang best...

    Tapi kena saman dgn AES x?

    ReplyDelete
  6. mak aihh. bila la aku nak merasa. haha. kalu kau ada dua bro, kasi aku satu. hehe

    ReplyDelete
  7. mak aih..x merasa sampai ke sudah kalau macam n,..mahai benor

    ReplyDelete