Lima orang ini membedah dirinya sendiri tanpa bantuan doktor

 1. Dr. Jerry Nielsen

Dr. Jerry Nielsen adalah seorang ahli perubatan dengan pengalaman bedah yang cukup tinggi. Pada tahun 1988, dia diutus untuk pergi Ke Amudnsen-Scott, di Kutub Selatan. Ketika  menjalankan misi itu, dia menjadi satu-satunya doktor yang ada di Kutub Selatan sepanjang musim sejuk.

Pada awal Februari 1999, Dr. Jerry mendapati bahawa dia mempunyai kanser di dada kirinya. Selepas menghubungi rakannya di Amerika Syarikat, akhirnya dia memutuskan untuk melakukan pembedahan kanser pada dirinya sendiri. Dia memimpin pembedahan, dibantu oleh jururawat yang ada di sana. Selepas membuang sel kanser, Dr. Jerry pun melakukan kemoterapi pada dirinya sendiri. Kisah inspirasi doktor ini telah dicurahkan dalam buku dan dijadikan filem.

Dr Nielsen meninggal pada 23 Jun 2009.


 2. Dr Evan O’Neill Kane

Dr. Kane adalah seorang professor perubatan yang sangat berpengalaman dan dihormati di bidangnya. Dia juga menjadi ketua doktor bedah di Hospital New York City 's Kane Summit. Dr. Kane ingin membuktikan kepada dunia, bahawa pembiusan total tidak diperlukan dalam pembedahan minor.

Untuk membuktikan kebenaran ucapannya itu, Dr. Even melakukan pembedahan ke atas dirinya sendiri. Bahagian perutnya dibius, manakala bahagian kepala dan tangannya berfungsi normal. Beliau mula melakukan pembedahan apendiks dengan menyayat perutnya sendiri. Ketika operasi tengah berlangsung, dia dibantu oleh tiga doktor lain yang berperanan sebagai pembantu.


 3. Sampson Parker

Parker adalah seorang petani jagung asal South Carolina. Pada September 2007, Ketika memasukkan jagung-jagung ke mesin perelai jagung, ada sesuatu tersangkut sehingga mesin tersebut berhenti. Parker memasukan tangannya ke mesin untuk membuang benda yang tersangkut itu. Sarung tangannya tersangkut dan akhirnya lengannya masuk ke dalam mesin itu.

Parker meminta tolong, namun tiada sesiapa di ladangnya. Sementara mesin perelai jagung itu terus berjalan dan terus menarik tangannya sehingga hampir mencapai siku. Tanpa berfikir panjang, Parker mengambil pisau dan memotong tangannya sendiri. Ketika dia kesulitan untuk memotong tulangnya, dia bergantung kepada berat badannya untuk mematahkan tulangnya.


 4. Dr Leonid Rogozov

Dr. Rogozov adalah seorang doktor Kesatuan Soviet yang ditugaskan ke Antartika ketika berumur 27 tahun. Ketika sedang menjalankan tugas di sana, dia menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan ususnya. Tetapi dia adalah satu-satunya ahli perubatan di sana dan dia tidak boleh minta tolong pada sesiapa.

Akhirnya dia melakukan pembedahan terhadap ususnya sendiri. Dia melakukan pembedahan yang menyakitkan itu selama dua jam. Dr. Rogozov berjaya dalam pembedahan itu dan sembuh tiga minggu kemudian.


5. Ines Ramírez

Ramirez adalah seorang ibu tujuh anak. Dia tinggal di salah satu desa terpencil di Mexico di mana hanya terdapat 500 penduduk dan satu sambungan telefon. Ketika kandungannya sampai pada bulan kesembilan, Ramirez merasa dirinya akan melahirkan.

Namun, ketika itu dia bersendirian di kampungnya itu manakal para jiran tetangga sibuk di ladang masing-masing. Ramirez cuba meneran dan melahirkan secara normal, namun bayinya  tidak mahu keluar. Akhirnya, Ramirez mengambil pisau dapur sepanjang 13 cm dan melakukan pembedahan caesarean terhadap dirinya sendiri. Dia berjaya melahirkan anak lelaki yang sihat, tanpa bantuan perubatan sama sekali.

No comments:

Post a Comment