Bedah sendiri tumor sebab tak ada duit

Yu melakukan pembedahan sendiri di tandas di rumahnya.

ZHENJIANG - CHINA. Gara-gara kesempitan wang, seorang lelaki terpaksa mengambil risiko dengan melakukan pembedahan sendiri untuk mengeluarkan tumor di mulutnya.

Lelaki yang dikenali sebagai Yu, 41, dilaporkan telah melakukan pembedahan sendiri sebanyak 10 kali dengan menggunakan peralatan pembedahan yang dibelinya di sebuah hospital.

Yu hanya melakukan pembedahan membuang tumor di mulutnya di bilik mandi rumahnya.

Semasa pembedahan, Yu memegang lampu suluh sambil memegang gunting dan membuang tumor yang membesar satu persatu dari mulutnya.

Kebiasaannya, dia mengambil masa setengah jam untuk menyudahkan  pembedahannya dan hanya membersihkan alatan yang digunakan selepas selesai pembedahan.

Yu berkata, dia terpaksa mengambil risiko dengan melakukan pembedahan sendiri kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk menanggung kos pembedahan di hospital apatah lagi terpaksa menanggung isteri dan seorang anak dengan gaji yang sedikit.

Yu disahkan mengidap penyakit sarcoma selepas benjolan kecil ditemui pada gusinya tahun lalu.

Sebelum ini, lelaki itu telah menjalani pembedahan profesional sekali dan telah melalui 13 sesi kemoterapi, namun ketumbuhannya kembali semula pada Mei lalu.

Tumor Yu telah membengkak dengan saiz bola ping-pong, sehingga menyukarkannya untuk bernafas dan makan.

"Jika kita tidak membuang beberapa organ muka melalui pembedahan, tumornya akan kembali berulang ," kata doktor Yu, sambil menambah bahawa sel-sel kanser telah merebak ke otak Yu dan akan menyebabkan keradangan yang serius.

Walaubagaimanapun, Yu telah memilih untuk menentang cadangan doktor, kerana dia tidak mempunyai wang yang cukup untuk menjalani pembedahan.

"Saya terpaksa mengambil tindakan sendiri walaupun ia berbahaya," kata Yu.



Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment