Kucing bermata 'alien' ini punyai 30,000 pengikut di Instagram


 Pasti anda yang suka kucing akan merasa kucing ini comel, mana tidaknya matanya seperti 'Alien' yang ada di dalam cerita kanak-kanak ataupun filem di mana makhluk asing berkenaan datang cuba menakluk bumi.

Tahukah anda kucing bermata besar ini yang bernama Matilda mempunyai akaun Instagramnya sendiri malahan Instagramnya itu mempunya lebih dari 30,000 followers.

Memetik laporan berita The Huffington Post , Matilda sebenarnya kejadian mata Matilda itu sebenarnya tidak normal di mana matanya itu membesar dan melebar lebih besar dari kucing biasa.


 Pada awal-awalnya hanya satu bola matanya yang mengalami perubahan namun ketika berusia dua tahun kedua-dua matanya itu hampir buta dan hingga kini ia hanya dapat memberi reaksi kepada cahaya dan melakukan pergerakan yang mudah.


Menurut pemilik Matilda, Meghan, sakit yang dihidapi Matilda ini membuatkan doktor haiwan berasa pelik selian itu Matilda juga mengalami glaukoma yang memburukkan lagi penglihatannya.

“Kami masih tidak pasti kenapa matanya boleh membesar,” kata Meghan.


Walaupun menghidapi sakit seumpama itu, gerak gei Matilda yang comel telah emnarik perhatian ramai, Sebenarnya skitnya itu membuatkan ia jadi lain daripada kucing lain.

Ia mendapat perhatian juga bukan semata-mata ia comel malahan kerana ada yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Matilda itu.



No comments:

Post a Comment