Kucing diupah jadi pengawal keselamatan bank

    Muning yang dipakaikan tag pekerja.

MANILA - FILIPINA. Seekor kucing diupah untuk menjadi pengawal keselamatan di sebuah bank di sini.

Kucing yang diberi nama Muning diupah menjadi pengawal keselamatan untuk menangkap tikus yang merosakkan kabel dan dokumen penting di Bank Pembangunan Filipina sejak lima tahun lalu.

Memetik laporan Daily Star, kebolehan kucing itu menangkap tikus setiap hari menyebabkan dia diterima bekerja di bank itu dan turut diberi kad pekerja.

Gambarnya menjadi viral selepas dimuat naik ke Facebook, minggu lalu.



Sumber: Sinar Harian

No comments:

Post a Comment