Kanak-kanak lelaki 10 tahun buat hubungan sulit dengan isteri orang dihukum


Sebuah mahkamah adat di Pakistan selatan menjatuhkan hukuman kepada kanak-kanak lelaki  berusia 10 tahun yang dituduh melakukan hubungan sulit dengan wanita dari suku berbeza yang sudah berkahwin berusia 30an.

Gulfnews melaporkan, Khamis 17 Jun 2015, mahkamah adat atau Jirga, memerintahkan kanak-kanak tersebut membayar denda sebanyak US $ 7,000 .

Insiden ini berlaku pada hari Isnin, 15 Jun di desa terpencil Bakhrani di wilayah Sindh, 510 kilometer utara dari Karachi, ibu kota Pakistan.
.

"Insiden itu kemudian dibawa ke mahkamah Jirga yang memerintahkan keluarga budak itu membayar denda US $ 7 ribu."

Keluarga kanak-kanak membayar US $ 500 manakala bakinya akan dibayar dalam masa tiga bulan.

Ketua polis daerah Bakhrani, Umar Tufail, mengesahkan insiden itu tetapi berkata keputusan mahkamah adat itu menyalahi undang-undang dan sedang disiasat.

Menurutnya, beberapa suku yang tinggal di kampung-kampung terpencil di Pakistan selalu menyelesaikan masalah melalui Jirga.


Menurut peguam Sunda Hoorain, wanita itu boleh didakwa melakukan kekerasan seksual.




Sumber:

No comments:

Post a Comment