Mark Zuckerberg mengumumkan aplikasi ‘Celebrate Pride’ di halaman Facebook peribadinya. |
MINGGU lepas, laman sosial terkenal Facebook melancarkan aplikasi baru yang membolehkan penggunanya menunjukkan sokongan terhadap perkahwinan sejenis dengan menukar gambar profil di laman Facebook dengan warna pelangi.
Pengasas Mark Zuckerberg mengumumkan aplikasi ‘Celebrate Pride’ di halaman peribadinya selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat membenarkan perkahwinan sejenis dan sah dari segi perlembagaan.
Memetik laporan BBC, penggunaan gambar profil berwarna pelangi ini mendapat tentangan di beberapa negara.
Di Rusia, sebuah aplikasi yang menggunakan warna daripada bendera Rusia dicipta untuk menentang penggunaan bendera warna-warni ini dan aplikasi ini telah dimuat turun lebih daripada 4,000 kali.
Rusia mempunyai undang-undang yang mengharamkan menyediakan maklumat mengenai homoseksual kepada rakyat di bawah umur 18 tahun, dan satu tinjauan baru-baru ini menunjukkan bahawa lebih daripada 80% daripada penduduk Rusia menentang perkahwinan sejenis.
Sementara itu, di Timur Tengah, ramai pengguna laman sosial turut menentang penggunaan gambar profil Facebook berwarna pelangi ini.
"Ini adalah mesej yang menyakitkan hati," kata seorang pengguna Twitter dari Timur Tengah, Sharif Najm.
Rami Isa pula menulis, "Saya membenci perkahwinan sejenis, kamu telah menyalah guna warna pelangi yang kebiasaannya menjadi simbol warna kanak-kanak."
Pensyarah politik Egypt, Ahmad Abd Rabbuh berkata, perkahwinan sejenis adalah sesuatu yang bertentang dengan budaya dan masyarakat.
"Penggunaan warna pelangi sebagai tanda sokongan terhadap perkahwinan sejenis telah membangkitkan kemarahan ramai," katanya dipetik BBC.
Sumber: Sinar Harian