Model ini tumbuk penunjuk perasaan bogel di Paris Fashion week


 Ada kejadian menarik semasa Paris Fashion week yang diadakan pada Khamis ( 26/ 9) lalu. seorang model, Hollie - May Saker menumbuk seorang penunjuk perasaan bogel semasa sedang melakukan catwalk.

Seperti dilaporkan oleh E ! Online, penunjuk perasaan bogel dari kumpulan Femen itu dipenuhi oleh tulisan -tulisan yang menuntut agar para model bersikap selektif sehingga tidak terjerumus menjadi ' pelacur fashion ' .

Walau demonstran itu naik ke pentas, namun para model berusaha profesional. Namun Hollie - May mulai emosi saat salah seorang pendemo memegang tangannya dan berusaha menaikkan skirt yang dikenakan model asal Britain itu .


" Kerana dia pegang tanganku dan menaikkan skirtku , aku menarik tangangku lagi dan menumbuknya di sekitar hidungnya. AKu sangat marah, tapi aku tahu bahawa aku tetap profesional, makanya aku terus berjalan walau aku tahu aku sedikit lancang ," ungkapnya ketika diwawancara Liverpool Echo .

Selain itu, dia juga sempat mengungkapkan isi hatinya melalui jejaring sosial. Hollie - May mendedahkan bahawa dia kesal kerana pertunjukannya batal gara- gara aksi tak beradab yang dilakukan para feminis.


kapanlagi.com

Penumpang buka pintu kecemasan pesawat kerana penyaman udara tidak dingin

Gambar hiasan. Image: google
JAKARTA: Seorang penumpang pesawat milik syarikat penerbangan Lion Air bertindak membuka pintu kecemasan pesawat itu ketika ia sedang bersedia untuk berlepas di landasan sebuah lapangan terbang di Manado, Sulawesi Utara pada Isnin, dengan alasan penyaman udara tidak dingin.

Kejadian berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Sam Ratulangi ketika pesawat berkenaan sedang bersiap sedia untuk berlepas bagi perjalanan Manado-Jakarta pagi ini.

Perbuatan penumpang itu menyebabkan juruterbang mengembalikan pesawat ke tempat letaknya, serta menurunkan semua penumpang, lapor portal berita kompas.com pada Isnin.

Penumpang berkenaan dilapor bertindak membuka pintu kecemasan kerana bantahan para penumpang mengenai keadaan panas dalam kabin pesawat yang telah mereka dilaporkan kepada pramugari dan juruterbang, tidak ditangani.


Waktu berlepas penerbangan itu yang tertunda selama hampir sejam menyebabkan para penumpang tidak tahan berada dalam kabin pesawat itu, dan mereka memohon supaya diturunkan daripada pesawat itu.


"Kira-kira 30 minit kami histeria dengan suasana itu. Bukannya melayani bantahan kami, juruterbang malah menggerakkan pesawat ke kedudukan take-off (kedudukan bersedia untuk berlepas)," seorang penumpang dilaporkan berkata.

Ketika itulah seorang daripada penumpang bertindak membuka pintu kecemasan pesawat.

Sehingga jam 1 petang ini, semua penumpang masih berada di lapangan terbang itu dan mereka tidak dimaklumkan sama ada akan mendapat pesawat ganti atau tidak, lapor portal berita itu. - Bernama

MyMetro


Gara-gara beromen di rel kereta api, wanita maut dilanggar

Gambar hiasan. Image: Google
 Satu tragedi menimpa sepasang kekasih di Ukraine. Lantaran tidak mampu menahan nafsu  keduanya memutuskan untuk melakukan hubungan seksual dekat rel kereta api . Namun , berlaku tragedi apabila si perempuan maut dilanggar kereta api , sementara pasangannya mengalami cedera di bahagian kakinya.

Kemalangan itu berlaku di Kota Zaporizhia, bahagian tengah Ukraine pada awal pagi sabtu, seperti dilapor asiaone.com , Ahad (29 /9).

" Usai kembali dari rumah rakan kami , kekasih saya dan saya tidak boleh membendung ghairah seks dan kami ingin merasakan sensasi bercinta di dekat rel kereta api ," kata si lelaki  yang berusia 41 tahun kepada polis.

Sementara itu seorang jurucakap polis secara berasingan mengatakan bahawa pasangan itu diyakini dalam keadaan mabuk.

Mangsa wanita mati di tempat kejadian, manakala kekasihnya telah dihantar ke hospital lantaran mengalami koyak di bawah lututnya.

Polis tidak memberitahu nama -nama mangsa, dan mengatakan pihaknya telah membuka siasatan jenayah atas pelanggaran keselamatan berkaitan kes ini.

merdeka.com

Nak masuk rumah hantu ini kena berbogel

Poster Naked and Scared (Shocktoberfest)

Pennsylvania - Ada cabaran untuk mereka yang berani iaitu ' Naked and Scared Challenge ' . Sesuai namanya , mereka yang menerima cabaran ini harus masuk tarikan rumah hantu tanpa mengenakan pakaian sehelai pun . Ini merupakan sebahagian daripada agenda Shocktoberfest yang diadakan di Pennsylvania, AS .

Menurut laman rasmi Shocktoberfest , Rabu ( 25/9/2013 ) , cabaran ini hanya boleh diikuti mereka berusia di atas 18 tahun. Pilih sendiri ingin ' nude ' ( tanpa busana sama sekali) atau ' prude ' ( mengenakan pakaian dalam).

Cabaran ini diilhamkan oleh acara Naked and Afraid yang ditayangkan di Discovery Channel. Sebelum masuk ke tarikan rumah hantu, ada kawasan untuk melepas pakaian dan mengenakannya kembali di akhir pengembaraan .

Naked and Scared Challenge dibuka tiap hari kecuali ahad , dengan tiket US $ 20. Cabaran seperti ini bukannya tanpa kontroversi. Namun pihak Shocktoberfest punya pembelaan dalam laman mereka.

"( Cabaran ) ini bukan tentang seks. Segala gangguan dan perilaku seksual tidak akan kami toleransi, " kata mereka dalam laman webnya.

detik.com

Enggan beli durian, lelaki dilibas parang


BESUT - Seorang lelaki nyaris maut apabila dilibas dengan parang panjang oleh jiran sekampungnya, dipercayai berpunca daripada urus niaga buah durian di Kampung Kuala Kubang dekat Jabi, di sini.

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa, 52 tahun tidak mengalami kecederaan kerana sempat mengelak.

Ketua Polis Daerah Besut, Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berada di sebuah kedai makan di kampung berkenaan, sebelum suspek berusia 41 tahun tiba.

Menurutnya, difahamkan sebaik suspek masuk ke dalam kedai, dia terus melibas parang panjang ke arah mangsa sebanyak dua kali, namun mangsa dapat menangkis serangan itu menggunakan kerusi plastik.

“Mangsa kemudiannya keluar dan membuat laporan di Balai Polis Jertih untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Kamaruddin berkata, polis seterusnya menahan suspek yang dikenali mangsa, selain merampas sebilah parang panjang yang dipercayai digunakan untuk menyerang mangsa.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati suspek terhadap mangsa yang enggan membeli buah duriannya hingga berlakunya pertikaman lidah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Sinar Harian



Kemalangan ngeri, warga emas putus kepala

AZMI memangku jenazah Wan Ayuzita

Dungun: “Ayah mengelak ke kiri jalan dalam usaha menyelamatkan diri, namun kereta itu berpusing dan merempuhnya,” kata Muhammad Keeri Mohd Nor, 19, menceritakan kemalangan yang mengorbankan ayahnya di Kilometer 23, Jalan Paka-Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS), dekat Bukit Sejuk, di sini, kelmarin.

Kemalangan ngeri jam 6.40 petang itu menyebabkan ayahnya, Mohd Nor Samat, 61, peneroka FELDA Kerteh 4, yang menunggang motosikal putus kepala dan tercampak 30 meter dari tempat kejadian.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu penumpang kereta, Wan Ayuzita Wan Yusof, 23, yang mengandung lapan bulan serta anak sulungnya Mohamad Amizi Azmi berusia setahun manakala suaminya yang memandu kereta Proton Iswara Aeroback, Azmi Mohamad, 41, serta dua anak saudaranya Mohd Arif Basri Adnan, 11, dan Ahmad Amizan Akmal Ibrahim, 14, hanya cedera ringan.

Muhammad Keeri berkata, sebelum kejadian, dia bersama ayah, ibunya, Khatijah Wang, 56, isterinya Siti Nor Azizah Mohamad, 17 dan empat adik-beradik ke kebun di Kampung Apu tidak jauh dari tempat kejadian.

“Kami sekeluarga bersama ayah membersihkan kebun sejak jam 8 pagi dan sempat makan nasi bersamanya.

MyMetro


Kerana cinta, wanita makan abu mayat suaminya

Casie makan abu mayat suaminya
Tidak mudah untuk kehilangan orang yang kita cintai. Begitu juga dengan Casie , 26 tahun, yang berduka kehilangan suaminya.

Casie yang merupakan warga Fayetteville, Tennessee , Amerika Syarikat, mempunyai pergantungan memakan abu hasil pembakaran mayat suaminya. Hal tersebut dapat membuatnya berasa selesa.

Keduanya bertemu pertama kali pada tahun 2008. Linda , ibu Casie mengatakan dua setengah tahun kehidupan Casie dengan Shawn merupakan mungkin satu -satunya saat dimana Casie benar -benar merasa bahagia. Namun , baginya dunia serasa berhenti berputar ketika Shawn meninggal tiba -tiba kerana serangan asma mendadak.

Awalnya, dia berkabung dengan membawa abu suaminya yang dibakar kemana pun dia pergi, termasuk kedai, pawagam , ataupun restoran . Hal tersebut menjadi lebih ekstrim ketika pada suatu hari sedikit abu sang suami tumpah ke tangannya.

"Saya tidak mahu mengelapnya kerana itu adalah suami saya dan saya tidak mahu memadamnya pergi, " katanya. "Jadi saya hanya menjilatnya dari jari saya . "

Sejak saat itu, dia tidak mampu untuk berhenti untuk memakannya. Sekurang-kurangnya, Casie telah memakan 1 paun abu setakat ini dan masih tersisa 5 paun lagi . Casie menggambarkan rasa abu tersebut seperti telur busuk , pasir, dan kertas pasir .

Walaupun banyak orang yang mempunyai ketagihan akan sesuatu, tetapi ketagihan yang dimiliki Casie sangat mengejutkan. Selain itu , bahan kimia yang terkandung dalam abu juga berbahaya bagi kesihatan jika ditelan.


Seluar terlondeh, penyerang Aston Villa gagal cetak gol

Pertahanan Tottenham Hotspur, Jan Vertonghen tak sengaja melondehkan seluar Nicklas Helenius ketika hendak menyelamatkan gawang semasa perlawanan antara Aston villa menentang Tottenham Hotspur di Villa Park pada selasa 24-9-13.











Daily Mail

Bumbung masjid runtuh di Kuala Terengganu


KUALA TERENGGANU: Bumbung di bahagian ruang legar Masjid Tebauk, Bukit Tunggal, di sini runtuh kira-kira jam 4 pagi tadi.

Bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan berlaku dan punca kejadian masih disiasat.

Menurut seorang jemaah, dia terkejut apabila mendapati siling masjid runtuh ketika ingin menunaikan solat Subuh kira-kira jam 5 pagi tadi.


 ORANG ramai melihat kejadian siling bumbung yang mengalami kerosakkan teruk. FOTO Imran Makhzan

Katanya, pihak pengurusan masjid terpaksa sembahyang dalam keadaan gelap kerana bimbang berlaku masalah berkaitan elektrik.

Masjid berharga RM5.6 juta dibina pada Januari lalu di bawah pengawasan Jabatan Kerja Raya.


Runtuhan bumbung masjid ini adalah yang kedua berlaku di negeri ini selepas Masjid Binjai Kertas, Telemong, Hulu Terengganu runtuh pada 20 Mei lalu.

MyMetro

Ribuan fosil tapak kaki dinosaur ditemui

Foto: abcnews.go.com


Washington: Beribu-ribu fosil tapak kaki dinosaur pemakan daging dan daun, ditemui di sepanjang Sungai Yukon di Alaska baru-baru ini, kata saintis.

Profesor geologi Universiti Alaska Fairbanks, Paul McCarthy berkata, beliau terkejut dengan jumlah fosil berjaya ditemui ketika melakukan ekspedisi bersama pasukannya.

“Kami temui fosil tapak kaki dinosaur hampir di semua lokasi yang kami lalui. Kesannya di sepanjang Sungai Yukon terlalu banyak. Kami dapat mengumpul sehingga 50 spesimen hanya dalam tempoh 10 minit,” katanya.


Tidak seperti tapak kaki dinosaur yang lain, banyak fosil ditemui di Alaska membonjol dari batuan dan tidak lekuk ke dalam.

Ketua Jabatan Paleontologi di Muzium Alam Semula Jadi Amerika, Mark Norell, berkata beliau kini memikirkan apa yang sebenarnya berlaku di atas kawasan basah dan berpasir itu berjuta-juta tahun lalu.

Fosil tertimbus

“Ribut besar dan tiupan angin akan menyebabkan fosil itu tertimbus tanah liat dan tidak kelihatan.

“Selepas berjuta-juta tahun acuan tanah liat itu, membentuk kesan tapak kaki seperti yang kita lihat sekarang. Ia adalah kesan sebenar tapak kaki haiwan itu ketika ia hidup,” katanya kepada stesen berita Perbadanan Penyiaran Amerika (ABC).

Wujud banyak laman web dipenuhi dengan fosil dinosaur kawasan sekitar Amerika Amerika Syarikat, tetapi Alaska belum diterokai dengan rapi setakat ini. - AGENSI

BH

Wanita misteri hilang di celah dinding

Azim merakamkan lokasinya bertemu dengan wanita berpakaian kilang dan hilang di celah lubang kecil.

SUNGAI NIBONG - Pengalaman terserempak dengan wanita berpakaian kilang dan kemudiannya menghilangkan diri di celah dinding mungkin tidak dapat dilupakan seorang lelaki.

Dia yang dikenali dengan nama Azim berkongsi kisah berkenaan kepada Sinar Harian.

Azim berkata, kejadian berlaku ketika dia memandu di bawah jejantas Sungai Nibong kira-kira jam 11 malam.

Menurutnya, ketika itulah dia terpandang wanita berpakaian kilang duduk di atas batu dengan wajahnya yang begitu muram.

“Tanpa ragu-ragu saya pun terus ingin bertanya jika dia (wanita) perlukan bantuan, dan ketika saya baru hendak berjalan menuju ke arahnya serta merta dia masuk di celah dinding jejantas berkenaan.

“Pada mulanya saya terkejut kenapa dia lari dan bergegas saya mengejarnya kerana bimbang keadaan yang amat gelap di situ, tetapi alangkah terkejutnya saya apabila ternampak ruang berkenaan begitu sempit iaitu sebesar ibu jari saya saja,” katanya kepada Sinar Harian.

Kejadian itu terus membelenggu dalam ingatan Azim sehingga kini.

Sama seperti Azim, rakannya, Zul turut melalui pengalaman yang sama ketika jam 3 pagi apabila terserempak dengan wanita berpakaian kilang sama seperti yang dilihat Azim.

Zul berkata, dia terserempak dengan wanita itu setiap tiga malam berturut-turut dan pada masa yang hampir sama.

“Hari ketiga saya bertekad untuk memandang mukanya, apabila saya nampak mukanya, ada raut persis wanita Indonesia tapi dalam keadaan yang amat sugul dan menyedihkan, apa lagi, terus saya memandu laju,” katanya.

Ketika berkongsi kisah berkenaan dengan rakan-rakan yang lain, lokasi berkenaan dipercayai menjadi kawasan panas kemalangan jalan raya.

Ada yang beritahu ada kanak-kanak sekolah yang dilanggar beberapa kali di situ hingga menemui ajal.

Sinar Harian


Mengejutkan! 15 orang dilaporkan hilang setiap hari di negara ini

LINA dipeluk erat ibunya apabila dia pulang ke rumah selepas melarikan diri dua bulan.

Mengejutkan apabila seramai 15 orang dilaporkan hilang setiap hari di negara ini dan rata-ratanya membabitkan gadis berusia 13 hingga 17 tahun yang kebanyakannya memiliki rupa paras menawan.

Lebih membimbangkan, polis mengesahkan antara punca kehilangan gadis berkenaan ialah diculik sindiket pemerdagangan manusia untuk dijadikan pelacur di negara jiran.

Menyedari isu terbabit menakutkan ibu bapa, terutama yang memiliki anak perempuan, wartawan Metro Ahad menemubual beberapa keluarga yang menderita akibat kehilangan anak gadis mereka, selain penyesalan beberapa remaja perempuan akibat keterlanjuran melarikan diri dari rumah.

Diharap kisah itu memberi iktibar kepada semua pihak, terutama ibu bapa dan remaja perempuan, bagi mengelak kesilapan sama berlaku dalam keluarga.

Bagaikan menempah bala, seorang remaja perempuan di daerah ini yang lari dari rumah kerana mengikut beberapa lelaki baru dikenali dikurung selama seminggu, jarang diberi makan selain diugut bunuh jika cuba melarikan diri.




Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.


Paul Karason, lelaki dengan wajah berwarna biru

Daily Mail

Pada umumnya wajah manusia akan mempunyai warna yang sama dengan kulit, namun tidak dengan lelaki bernama Paul Karason. Lelaki ini mengidap penyakit aneh yang membuat wajahya berwarna menjadi biru.


Sebnearnya apa yang dialami Paul Karason adalah keabnormalan perubatan yang dikenali sebagai argyria. Keadaan inilah yang membuat warna kulit wajahnya menjadi biru.

Namun keunikan wajah Paul kini tinggal kenangan saja sebab lelaki dengan wajah biru ini kini sudah tiada , Paul meninggal pada usia 62 tahun , Isnin ( 23/9 ) kerana serangan jantung dan stroke.

Dia meninggal di Hospital Washington, Amerika . Selain menderita stroke dan serangan jantung, lelaki berwajah unik ini juga menderita pneumonia. Nama Paul Karson mendadak terkenal setelah ia tampil di NBC s Today tahun 2008.

Menurut isterinya, Jo Anna Karason , suaminya dipanggil Papa Smurf kerana mirip dengan tokoh kartun Smurf di era 1980-an.

palingseru.com


Bosan di kuliah, pelajar lukis di peha sendiri

FLORIDA - AMERIKA SYARIKAT. Jodi Steel menghilangkan rasa bosan dalam bilik kuliah dengan cara unik.

Gadis kelahiran Florida ini bakal melukis pehanya sendiri semasa menunggu kuliah pensyarahnya berakhir.

Sebaik pulang ke rumah, Steel akan memuatnaik gambar itu di blognya dan memadamkannya lukisan di pehanya.

Uniknya, lukisannya itu menghasilkan gambar-gambar yang mengagumkan dan membuatkan ramai pelawat ke blognya.

Malahan beberapa gambar 'hasil seninya' yang sering mendapat perhatian adalah seperti wajah pelakon dan seniman seperti Joseph Gordon-Levitt serta vokalis Radiohead, Thom Yorke sehingga ke gambar gajah dan kucing.

“Selalunya, orang memang berharap karya seninya dilihat orang tetapi saya sendiri tak berfikir bahawa gambar-gambar ini akan menjadi perhatian orang,” katanya seperti yang dipetik dari Daily Mail.

Daily Mail




Sinar Harian, Daily Mail

Panas! Foto bogel Nikita Mirzani untuk Playboy AS bocor


Nikita Mirzani sekali lagi menjadi bahan perbincangan awam selepas foto hotnya untuk majalah Playboy AS bocor di internet.


Kerana tak mahu kalah dengan Zaskia Gotik yang juga sedang sedang banjir kritikan berkaitan foto - foto seksinya untuk majalah dewasa beredar luas , foto Nikita Mirzani yang hampir bogel itu juga beredar di dunia maya. Khabarnya foto yang diambil untuk mengisi laman di majalah dewasa ternama dunia , Playboy itu akan diterbitkan tahun depan tapi entah mengapa foto tersebut boleh bocor.

Nikita sendiri mengesahkan foto tersebut adalah dirinya. Niki , sapaan akrab Nikita Mirzani , berkata foto tersebut di ambil kira-kira tiga bulan lalu di Pulau Dewata , Bali namun dia mengaku tak tahu menahu bagaimana foto tersebut boleh bocor di internet kerana dia sendiri tak punya salinan foto tersebut .

    " Itu fotonya tiga bulan lalu , di Bali. Buat Playboy AS , dan terbitnya tahun depan. Nggak ada ( salinan foto ), karena kan majalahnya belum terbit , baru tahun depan , "jelas wanita yang baru saja dihujat habis - habisan kerana masalah Singapore- Grogol seperti dilansir portal Seputar Kita (26 /9).

Di foto itu , Niki berbaring di tepi pantai hanya dengan sepotong kain basah warna putih yang tak sempurna menutupi seluruh tubuhnya. Paha mulus Nikita juga terdedah dengan gamblangnya , apalagi bahagian payudaranya hanya dilindungi oleh rambut Nikita.


sidomi.com


Pekerja seks dihukum baca surah al-Ikhlas 500 kali


SITUBONDO - Ada perkara yang unik yang dilakukan Satpol PP Pemkab Situbondo, Jawa Timur, agar para pekerja seks komersial yang ditangkap agar tidak mengulangi perbuatannya. Mereka dihukum membaca surah Al Ikhlas 500 kali dengan diberi biji jagung sebagai alat menghitung.

"Dengan doa, para pekerja seks  diharapkan insaf dan tidak lagi mengulangi perbuatannya. hukuman  ini menekankan pada hubungan dengan sang pencipta, "ujar Kasatpol PP Pemkab Situbondo Agung.

Sekatan ini dijatuhkan kepada 12 pekerja seks yang berjaya di tangkap di beberapa hotel bajet pada Jumaat (27/9/2013).

Selain diminta mengaji, mereka juga dikalungi kertas bertuliskan nama, profesi, tempat tinggal, dan lamanya mereka beroperasi sebagai pekerja seks. Kemudian mereka ini diberi arahan dan motivasi oleh Kasatpol PP untuk tidak lagi menjajakan diri sebelum disuruh mengaji. Sesudah menjalani hukuman, para PSK lantas dibenarkan pulang.

okezone

Polis temui tiga kepala manusia di jalan raya

Gambar hiasan. Image: Google

Morella: Polis menemui tiga kepala manusia kelmarin, dekat sebuah bulatan jalan raya dekat sebuah bandar kecil di barat Mexico yang menjadi tempat pergaduhan antara pasukan sukarela dan pengedar dadah.

Kepala itu juga diletakkan satu notis dekat bandar Los Reyes, kata pendakwa raya Michoacan yang enggan mendedahkan butir fail itu.
Ada kesan tembakan


Semua kepala itu ada kesan tembakan dan semua mereka adalah lelaki, kata pendakwa.

Pasukan pertahanan sukarela sudah banyak dibentuk beberapa bulan lalu di Michoacan bertujuan melawan keganasan, penculikan dan peras ugut oleh kumpulan pengedar dadah.

Bulan lalu, polis menemui mayat dua lelaki tergantung di dahan pokok di bandar Los Reyes bersama mesej mengancam kumpulan sukarela tempatan. - AGENSI

BH

Gempar! lelaki separuh bogel kembali mengganas

Lelaki berkenaan melarikan diri dan terjun melalui tingkap bilik tidur Akmaliza sebelum menghilangkan diri.

MARANG - Kelibat misteri seorang lelaki separuh bogel didakwa orang minyak muncul kembali di daerah ini walaupun ada yang menganggap gangguan itu sudah berakhir dengan tertangkapnya seorang lelaki berusia 42 tahun, Isnin lalu.

Mangsa terbaru, Sh Nor Akmaliza Tuan Ibrahim, 33, mendakwa melihat manusia separuh bogel berada berdekatan katil dalam bilik tidurnya kira-kira jam 5 pagi, Rabu lalu iaitu dua hari selepas lelaki 42 tahun itu ditangkap pasukan rondaan Rakan Muda.

Ibu tiga anak yang tinggal di Jalan Kampung Machang Lada itu berkata, kelibat manusia dipercayai seorang lelaki yang hanya memakai baju dan berseluar dalam tiba-tiba sahaja muncul dan berada berdekatan katil apabila dia tersedar daripada tidur.

“Saya yang terkejut terus menjerit sekuat hati menyebabkan ‘orang’ itu lari menuju ke arah tingkap bilik tidurdan terjun keluar sebelum. menghilangkan diri,” katanya kepada Sinar Harian.

Akmaliza berkata, walaupun dia tidak mengalami sebarang kecederaan, namun bersyukur kerana tiada barang dalam rumahnya hilang.

Namun dia kini mengalami trauma dan takut untuk tidur dalam bilik seorang diri.

“Saya bimbang perkara seperti ini berulang kerana suami sering pulang kerja lewat dan dia (suami) biasanya tidur di ruang tamu.

"Kami syak orang yang menceroboh rumah kami masuk melalui tingkap ruang tamu.

"Kami sudah pun buat laporan di Balai Polis Bukit Payung untuk tindakan lanjut dan turut mendapat perhatian Unit Kawalan Kampung (UKK) Padang Midin,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ahmad Mazlan Yahaya mengesahkan menerima laporan mangsa.


Suspek guna 'ilmu'

Suami mangsa, Abdul Hadi Endut, 40, pula tidak menolak kemungkinan lelaki yang menceroboh rumahnya mempunyai 'ilmu' kerana dia berjaya melarikan diri tanpa meninggalkan sebarang jejak dalam tempoh singkat.

Pada Isnin lalu, seorang lelaki berusia 42 tahun diberkas sekumpulan ahli Rakan Muda (Pasukan Kesedaran Jenayah) selepas didapati berkeliaran dalam keadaan separuh bogel di Kampung Machang Lada.

Lelaki terbabit kemudiannya diserahkan kepada pihak polis sebelum dihantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan dan disahkan mengalami masalah mental.

Ketua UKK Padang Midin, Mohd Alimin Sharom, 30, berkata, pencerobohan terbaru itu menunjukkan lelaki yang diberkas sebelum ini tiada kaitan dengan kes orang minyak.

“Ini bermakna suspek sebenar masih bebas. Kami akan menggandakan usaha rondaan dan berjaga pada waktu malam agar kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin,”katanya.

Turut mengulas perkara sama, Naib Ketua UKK Padang Midin, Mohd Faizul Abdul Rahman, 32, pula menyifatkan perkara itu agak mistik dan langkah berjaga-jaga sentiasa diambil walaupun belum ada penduduk yang dilaporkan cedera akibat kejadian itu.

"Kami berjaga malam untuk memastikan keselamatan kawasan terjamin dan akan sentiasa merujuk kepada pihak polis sebelum ambil apa-apa tindakan jika berjaya mengesan kehadiran 'orang minyak’ itu,” katanya.

Dalam pada itu, Adun Alor Limbat, Ariffin Deraman turut turun padang menyampaikan sumbangan kepada anggota rondaan UKK diketuai Mohd Alimin.

Beliau berharap, usaha unit rondaan itu dapat membantu pihak berkuasa mengesan suspek yang terlibat dengan segera.

Selain UKK Padang Midin, turut menjalankan rondaan ialah Belia Bestari (BBest) Kampung Padang Midin Kuala Terengganu dan Rakan Muda Terengganu.

Sinar Harian

PM Thailand Yingluck Shinawatra sudahlah cantik, kaya pula tu


Sebelum 2011 , rakyat Thailand boleh jadi sudah tahu wanita bernama Yingluck Shinawatra adalah adik bongsu mantan Perdana Menteri ( PM) Thaksin Shinawatra . Tetapi , lain soal setelah wanita kelahiran 27 Jun 1967 ini memenangi pemilihan umum perdana menteri pada 3 Julai 2011 .

Paling tidak, pemegang master untuk bidang pengurusan sistem maklumat Kentucky University State US ini makin terkenal dengan dua kelebihan. Ya , Yingluck acap dipuji rakyatnya lantaran berparas cantik .

Sudah begitu, kelahiran Wilayah Chiangmai ini adalah PM termuda Thailand. Sosok ramping ini menjadi catatan sejarah Thailand.

antikorupsi

Suruhanjaya Nasional ( Komnas ) Antikorupsi Thailand ( NACC ) pada Selasa ( 27/8/2013 ) yang melancarkan maklumat terkini soal laporan kekayaan pejabat awam. NACC juga mengumumkan kekayaan ahli kabinet yang dilantik.

Tidak cuma itu , NACC juga sudah menekankan soal pelaporan harta kekayaan pasca menjabat dan sesudahnya adalah hal wajib bagi para pegawai awam . Tak terkecuali , perdana menteri tentunya . Laman Bangkok Post mewartakan hal ini.

Dalam laporan itu , NACC mengatakan Yingluck punya angka kekayaan bersih 19.5 juta dollar AS. Suaminya, Anusorn Amornchat , menyematkan angka kekayaan 2.4 juta dollar AS.

Amornchat adalah seorang ahli perniagaan Thailand. Dia tercatat sebagai Managing Director di M Link Asia Corp PCL .

Lantas , anak pasangan ini, Supasek Amornchat , memiliki kekayaan aset 39.000 dollar AS.

Kemudian , di urutan kedua adalah Timbalan PM Pongthep Thepkanchana dan keluarganya. NACC mengatakan, wakil Yingluck beserta keluarganya ini punya kekayaan hingga 95,7 juta dollar AS. Sementara kekayaan Thepkanchana sendiri 10,6 juta dollar AS.

Di urutan terkaya ketiga adalah Timbalan Menteri Pengangkutan Thailand Pong Chivanand . Kekayaannya tercatat 5,023 juta dollar AS.

Selanjutnya, pada kedudukan keempat dan kelima dalam senarai kekayaan terbanyak diduduki oleh Menteri Kehakiman Chaikasem Nitisiri dan Menteri Pembangunan Sosial dan Kesejahteraan Umum yang baru Paweena Hongsakul . Berturut -turut kekayaan keduanya bernilai 3.7 juta dollar AS dan 1.3 juta dollar AS.

kompas

Bintang Transformers pamer payudara di Pierre Balmain Fashion Show

Foto: E! Online

Pelakon dan model Rosie Huntington-Whiteley menarik perhatian saat berlenggak-lenggok di Pierre Balmain Fashion Show di Paris, Perancis.

Kekasih pelakon Jason Statham itu mempamerkan payudara semasa catwalk. ketika itu dada Rosie terlihat di balik baju jaringnya.

Seperti dilansir E! Online, Jumaat (27/9/2013), bintang filem 'Transformers: Dark of The Moon' itu juga bangga mempamerkan fotonya di Instagram.

"Closing the show @ balmainparis today. What an honor! Thank you @ olivier_rousteing # TeamBalmain # parisfashionweek," tulis Rosie di akaun Instagram-nya.

Rosie ikut ambil bahagian dalam fashion koleksi Olivier Rousteing. Fashion show tersebut menggayakan tema gaya era 80-an.


hot.detik.com

White Widow diburu Interpol

INILAH gambar yang disiarkan Interpol sebagai ‘orang yang dikehendaki’ iaitu Samantha Lewthwaite, 29, atau digelar ‘White Widow’, seorang warga Britain. - Foto REUTERS/Interpol

LONDON: Seorang wanita warga British yang digelar “White Widow” kini menjadi buruan selepas Interpol mengeluarkan waran penahanan antarabangsa ke atas suspek yang dipercayai ada kaitan dengan serangan pusat beli-belah di Kenya.

Samantha Lewthwaite, berusia 29 tahun yang memeluk Islam, dikatakan berkahwin dengan Germaine Lindsay, salah seorang daripada empat suspek pengebom nekad yang menyerang rangkaian pengangkutan awam London pada 7 Julai 2005 sehingga mengorbankan 52 orang.

'Notis merah' Interpol itu dikeluarkan susulan permintaan pihak keselamatan Kenya bahawa ibu kepada tiha anak itu adalah suspek yang amat dikehendaki oleh Kenya.


Lewthwaite dikatakan terbabit dalam memiliki bahan letupan dan merancang beberapa serangan bom di Kenya mulai Disember 2011.


Bagaimanapun notis Interpol itu tidak menyebut secara spesifik kemungkinan Lewthwaite turut terbabit dalam kejadian menawan sebuah pasar raya di Nairobi selama empat hari oleh pergerakan Al-Shebab yang menjadi rangkaian al-Qaeda di Somalia.


Menteri Luar Kenya berkata, wanita British itu adalah antara penyerang Westgate Mall namun President Uhuru Kenyatta kemudian menjelaskan laporan berkenaan tidak dapat disahkan lagi.
Interpol mengeluarkan empat keping gambar berwarna Lewthwaite bersama notis waran tangkap.

Salah satu gambar menunjukkan wajah dengan rambut panjang hitam sambil mencebik bibir ke arah kamera manakala gambar lain beliau memakai tudung kepala. - AFP

BH

Tabung 'Harta Karun' Steve Jobs ditemui setelah ditanam 30 tahun

 Steve Jobs Time Capsule. (foto: Natgeo)

ASPEN - Sebuah tabung besar mengandungi pelbagai macam benda unik berhasil ditemukan di wilayah Aspen, Amerika Syarikat. Di dalam tabung tersebut terdapat barang peninggalan mendiang Steve Jobs.

Tabung sepanjang sembilan meter dengan diameter selebar setengah meter tersebut merupakan tabung yang sengaja ditanam pada 30 tahun lalu. Tabung 'harta karun' ini merupakan idea dari para delegasi yang hadir pada Persidangan Pereka Antarabangsa di Aspen tahun 1983.

Setiap delegasi yang datang telah menyumbang berbagai barang miliknya untuk ditanam bersama barang-barang peribadi delegasi lain. Tak terkecuali sang maestro teknologi, Steve Jobs, yang turut hadir pada sidang tersebut. Tabung ini sebenarnya diberi nama Aspen Time Tube oleh panitia persidangan, namun kerana Steve Jobs menyumbangkan sebuah mouse di dalam tabung tersebut, pasukan menukar namanya menjadi Steve Jobs Time Capsule.

Mouse milik steve Jobs yang diguna 30 tahun lalu

Tak hanya mouse milik Steve Jobs, di dalam tabung tersebut juga tedapat berbagai macam barang lain yang dibungkus plastik. Seperti buku catatan, kamera Kodak Instamatic, rubik, kad nama para delegasi, bahkan satu pek tin bir yang mungkin didedikasikan bagi pasukan penggali.

Seperti dilansir dari CNet, Khamis (26/9/2013), sebenarnya penggalian hendak dilakukan pada tahun 2000 yang lalu. Namun tergendala dengan kehilangan lokasi yang tepat di mana tabung tersebut ditanam.

 Barang-barang lain yang ditanam termasuk bir

"Terdapat puluhan barang yang dibungkus plastik dalam tabung itu. Dan saya berharap mencari foto para delegasi tersebut, namun tiada," kata George Wyant, salah satu pasukan penggali dari National Geographic.

Pada persidangan tahun 1983 itu Steve Jobs berpidato tentang masa depan teknologi dunia. Pada saat itu Jobs merakam ucapan dan memberikan sebuah pita rakaman pidato bagi yang mahu. Namun sampai saat ini kaset itu hilang entah di mana. Pada pidatonya Jobs diyakini berbicara tentang teknologi canggih masa depan mengenai rangkaian wayarles, iPad, dan bahkan Apple App Store

okezone

Leher Aaron Aziz senget, dirawat di Pusat Perubatan Prince Court


Pelakon Aaron Aziz kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, kelmarin, selepas mengadu sakit pada bahagian leher.

Menurut isterinya, Diyana Halik, yang juga pengurus artis berkenaan, suaminya mula berasakan kesakitan pada lehernya sejak seminggu lalu.

“Bagaimanapun, dia sanggup menahan kesakitan itu kerana mahu menyelesaikan penggambaran sebuah telefilem. Namun, apabila kesakitan itu menular sehingga ke bahagian tangan dan jari sebelah kirinya menjadi kebas, saya terus membawanya ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.


“Hasil pemeriksaan, Aaron didapati mengidap penyakit Cervical Facet Arthritis pada bahagian leher menyebabkan ia senget sebelah serta tidak boleh banyak bergerak pada bahagian terbabit,” jelas Diyana menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada HIP, semalam.

BH


Tragis! Anak 9 tahun lihat ibu digilis lori

Anak mangsa cuba ditenangkan oleh pengawal keselamatan.

KUALA LUMPUR - Hasrat seorang wanita mengambil anaknya pulang dari sekolah tidak kesampaian apabila dia maut digilis sebuah lori simen di hadapan Sekolah Kebangsaan Convent Sentul 1 & 2, semalam.

Dalam kejadian jam 2.15 petang, mangsa, Siti Rohani Mohamed Saadi, 30, isteri kepada anggota polis Balai Sentul, dikatakan gagal mengawal motosikalnya setelah bergesel dengan lori itu.

Lebih memilukan kejadian disaksikan anak perempuan mangsa berusia sembilan tahun, lalu menghubungi ayahnya (suami mangsa).

Kejadian makin kecoh apabila orang ramai membaling batu ke arah lori simen dan memukul pemandu lori warga Indonesia dengan kayu.

Bagaimanapun, kehadiran anggota polis trafik menyuraikan keadaan dan menahan pemandu untuk siasatan.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan Abdullah Roning berkata, motosikal gagal dikawal menyebabkan mangsa tercampak bawah lori.

Katanya, mangsa kemudiannya digilis dan maut serta-merta di tempat kejadian. Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Sinar Harian


Seekor baboon raba payudara reporter semasa siaran langsung


Seekor babon membuat heboh setelah meraba payudara seorang reporter perempuan di Amerika Syarikat saat siaran langsung di sebuah televisyen.

Sabrina Rodriguez, reporter untuk stesen televisyen Fox 40 di Kota Sacramento, California, mendapat sebuah kejutan apabila memberikan laporan di Festival Wain Lodi pada 12 September lalu. Ketika itu seekor baboon nakal bernama Mickey memanfaatkan kesempatan dan memegang bahagian kanan payudara Sabrina, seperti dilapor Daily Mail, Khamis (26/9).

Cuba bersikap profesional, Sabrina akhirnya berusaha tetap tenang dan membuat sebuah jenaka berkaitan hal ini, sambil mengatakan kepada penonton, 'Dia cuba untuk mendapatkan sedikit rasa'.

Namun, meskipun sudah mengupayakan hal itu, Mickey menolak untuk melepaskan tangannya dan terus meraba-raba payudara Sabrina. Dia kelihatan sudah senang dengan hal itu. Sabrina juga tetap meneruskan laporannya.

Sambil tetap menjaga wajahnya menatap kamera seboleh mungkin, Sabrina akhirnya menyelesaikan laporannya dengan ucapan, 'Kembali bersama dengan kami ketika kita akan belajar sedikit tentang mengapa baboon suka anggur'.

Insiden itu bermula ketika Sabrina memperkenalkan Mickey kepada penonton. Saat itu Mickey masih bersikap sopan dan menjabat tangan Sabrina.

Tetapi beberapa saat kemudian Mickey mendekati badan Sabrina, meletakkan satu tangannya di bahagian bahu dia sementara tangan yang lain memanfaatkan kesempatan itu untuk meraba-raba payudara Sabrina.

Sabrina (29 tahun), adalah pemenang anugerah Emmy untuk reporter berita televisyen dan liputannya untuk wilayah California Utara di Fox 40.

Berikut video Mickey meraba-raba payudara Sabrina:


70 pelajar histeria, dengar bisikan suruh terjun bangunan sekolah

Gambar hiasan. Image: Google

KUANTAN: Seramai 70 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Sira mengalami histeria selepas mendakwa mendengar bisikan yang menyuruh mereka terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah terbabit tengah hari tadi.

Kejadian itu dipercayai berkaitan dengan insiden dua pelajar sekolah berkenaan yang bertindak terjun dari salah satu bangunan itu pada Mei dan awal bulan ini.

Seorang pelajar lelaki tingkatan tiga maut terjun dari tingkat satu sebuah bangunan pada 22 Mei lalu.

Kejadian hampir sama berulang pada 3 September lalu apabila cedera parah selepas terjun dari tingkat tiga bangunan sekolahnya.

MyMetro

RON95 naik lagi?

KUALA LUMPUR - Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.

Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke
negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.
  
"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah
di Malaysia," kata beliau kepada Bernama.
  
Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.
  
Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.
  
Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.
  
Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.
  
Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.
  
PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.- Bernama

Gempa bumi di Pakistan wujudkan sebuah pulau baru

Sebuah pulau kecil muncul berhampiran Pelabuhan Gwadar di Laut Arab selepas gempa bumi melanda Awaran, Baluchistan, kelmarin. - Foto AFP

Quetta: Pasukan mencari dan menyelamat Pakistan bertungkus-lumus menyelamatkan ribuan penduduk yang cedera dan kehilangan tempat tinggal selepas rumah mereka ranap dalam gempa bumi kuat, di barat laut negara itu ketika angka kematian meningkat kepada 327 orang, kata pihak berkuasa.

Gempa dengan magnitud 7.7 menggegarkan daerah terpencil Awaran di wilayah Baluchistan, tengah hari kelmarin.. Ia dirasai sejauh New Delhi, ibu kota India yang terletak 1,200 kilometer, namun tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan di sana.

Seorang pegawai wilayah, Setiausaha Dalam Negeri Tambahan Baluchistan, Zahid Maqsood meletakkan angka kematian kepada 210 orang dan 375 cedera, sementara seorang jurucakap kerajaan wilayah, Jan Mohammad Bulaidi, meletakkan angka kematian kepada 216 orang.


Pada masa sama pihak berkuasa Pakistan menyiasat sama ada gempa bumi kuat mewujudkan sebuah pulau baru di luar pantai selatan negara itu.

Ketua pengarah Jabatan Meteorologi Pakistan, Arif Mahmood, berkata saksi melaporkan sebuah pulau kecil muncul berhampiran Pelabuhan Gwadar di Laut Arab dan boleh dilihat dari pantai.

“Gempa mungkin menyebabkan bumi di bawah laut naik, namun pihak berkuasa perlu menyiasat perkara itu,” katanya.

Penduduk ketakutan

Bandar di Pakistan seperti Karachi di sepanjang Laut Arab dan Quetta, ibu kota wilayah Baluchistan, menyaksikan penduduk yang ketakutan berlari ke jalan raya dan berdoa untuk keselamatan mereka.

Tentera Pakistan berkata, mereka menghantar anggota dan helikopter ke Awaran dan kawasan berhampiran di Khuzdar.

Pihak berkuasa tempatan turut menghantar doktor, makanan dan 1,000 khemah untuk mangsa ketika gempa susulan kuat terus menggegarkan rantau itu. Kebanyakan mangsa terbunuh dihempap runtuhan rumah.
AP

BH


Tujuh artis Hollywood yang berpelajaran tinggi

DALAM lambakan pelakon popular Hollywood, ternyata ada beberapa antaranya yang berpelajaran tinggi dan mempunyai kelulusan yang boleh digunakan untuk mendapat pekerjaan sesuai dengan kelayakan yang dimiliki.

Ironinya, mereka lebih berminat berkecimpung dalam dunia lakonan dan kini sudah terkenal di seluruh dunia. Berikut merupakan senarai pelakon yang boleh dijadikan sebagai idola berikutan kejayaan mereka dalam pelajaran.

 1.Rowan Atkinson

Selama ini penonton sudah melihat aksinya sebagai seorang lelaki 'bodoh' dalam sitkom yang cukup digemari ramai iaitu Mr. Bean. Namun begitu, di sebalik kebodohan yang ditampilkannya itu, mungkin ramai yang tidak tahu tentang tahap pendidikan yang dimiliki Rowan Atkinson.

Dilahirkan di Durham, England, Rowan Sebastian Atkinson mendapat pendidikan awal di Chorister School dan St. Bees School, Durham. Kemudian dia menyambung pengajiannya di Universiti Newcastle dalam bidang Kejuruteraan Elektrik.

Selepas tamat pengajian, pelawak tersebut menyambung pengajiannya dalam peringkat Ijazah Sarjana dalam bidang sama di Universiti Oxford. Semasa di universiti berkenaan, Rowan turut aktif dalam pementasan teater bersama The Experimental Theatre Club.


 2. Lucy Liu

Nama pelakon Lucy Alexis Liu mula dikenali ramai setelah membintangi filem Charlie's Angels bersama-sama Drew Barrymore dan Cameron Diaz pada tahun 2002. Ironinya, karier lakonan Lucy sudah bermula lapan tahun sebelum itu.

Sebelum berkecimpung dalam bidang lakonan, Lucy pernah menuntut di Universiti New York selama setahun dan kemudian berpindah ke Universiti Michigan dengan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Dan Kebudayaan Asia.

Sepanjang pengajiannya di universiti berkenaan, pelakon kelahiran New York, Amerika Syarikat itu aktif dalam bidang seni dan pernah menyertai pementasan teater Alice In Wonderland semasa berada di tahun akhir.

Selain mempunyai kelulusan yang tinggi, Liu juga berkebolehan bertutur dalam lima bahasa iaitu Mandarin, Sepanyol, Itali, Jepun dan Perancis.


 3. Arnold Schwarzenegger

Bermula sebagai ahli bina badan, lalu berkecimpung dalam dunia lakonan dan akhirnya terpilih sebagai Gabenor California, Arnold Schwarzenegger cukup popular dengan lakonannya dalam filem The Terminator.

Dilahirkan di Styria, Austria pada 30 Julai 1947, dia kemudiannya berhijrah ke Amerika Syarikat, meskipun tidak fasih berbahasa Inggeris, dia akhirnya berjaya menjadi ahli bina badan berjaya dan pernah bergelar Mr. Olympia sebanyak tujuh kali.

Kemudian pada tahun 1977, Arnold mengambil kelas Bahasa Inggeris di Kolej Santa Monica dan menyambung pelajarannya di Universiti Wisconsin. Dia berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Dan Ekonomi Antarabangsa.


 4. Hugh Jackman

Sebelum popular sebagai pelakon, Hugh Jackman menuntut di Universiti Teknologi Sydney dan mengambil Ijazah Sarjana Muda Komunikasi. Menariknya, cita-cita awalnya dahulu adalah mahu menjadi seorang wartawan.

Pada tahun terakhirnya di universiti tersebut, hasratnya tiba-tiba berubah dan mahu bergelar seorang pelakon. Setelah tamat pengajian, dia lantas mengikuti kursus lakonan selama setahun di Actors' Centre di Sydney.

Selepas itu, dia meneruskan usahanya untuk bergelar pelakon dengan menuntut di Western Australian Academy Of Performing Arts (WAAPA) pada 1994 dan banyak diberi peluang berlakon sepanjang berada di akademi tersebut.


 5. Natalie Portman

Melihat kepada latar belakang pendidikan yang dimiliki oleh pelakon Natalie Portman, pastinya ia sesuatu yang cukup mengagumkan.

Selain cantik dan berbakat besar, bintang filem Black Swan itu boleh dikategorikan sebagai antara pelakon yang bijak dan sering mendapat keputusan cemerlang dalam pelajaran.

Ketika menuntut di Sekolah Tinggi Syosset, Long Island, Amerika Syarikat, Natalie berhasil mendapat keputusan Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) 4.0 sehingga melayakkannya menyambung pelajaran dalam jurusan Psikologi di Universiti Harvard.

Setelah menamatkan pengajian pelakon berkenaan meneruskan karier lakonannya, tetapi pernah dipilih menjadi pensyarah jemputan di Universiti Columbia. Selain itu, sejak kecil lagi dia sudah menguasai beberapa bahasa asing seperti Hebrew, Perancis, Jerman, Arab dan Jepun.


 6. Hugh Grant

Selama ini peminat lebih mengenali wajah tampan pelakon Hugh Grant serta sikap mata keranjang kerana selalu menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita cantik.

Namun begitu, pelakon yang memulakan karier seni pada tahun 1982 menerusi filem Privileged itu merupakan lulusan Universiti Oxford dalam jurusan Kesusasteraan Inggeris serta aktif dalam beberapa jenis sukan seperti ragbi, kriket dan bola sepak.

Menariknya, dia juga pernah mendapat tawaran untuk melakukan kajian dalam pengkhususan sejarah seni dari Universiti London yang melayakkannya mendapat ijazah Doktor Falsafah (PhD), tetapi terpaksa menolaknya kerana gagal mendapat geran penyelidikan.


7. David Duchovny

Drama bersiri lakonan David Duchovny yang paling diingati ramai sudah tentu The X-Files sekitar tahun 90-an dahulu bersama gandingannya, Gillian Anderson.

Menceritakan tentang tahap pendidikannya, pelakon kelahiran New York, Amerika Syarikat itu merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Kesusasteraan Inggeris dari Universiti Princeton kemudian menyambung pengajian dalam bidang yang sama di Universiti Yale.

Selepas itu, David melakukan tesis dengan memilih tajuk Magic And Technology In Contemporary Poetry And Prose di universiti berkenaan, namun dia tidak dapat meneruskannya dan gagal mendapat PhD.


Kosmo!

Pondok dalam kebun getah lokasi buat senjata api terbongkar

Ab Aziz (tengah) bersama dua pegawainya menunjukkan senapang angin dan peralatan membuat senjata api tiruan yang dirampas pada sidang media di IPD Tanah Merah, semalam.

TANAH MERAH - Kegiatan dua lelaki termasuk seorang warga Thailand menjadikan sebuah pondok dalam kebun getah sebagai lokasi membuat senjata api tiruan untuk dijual terbongkar apabila diserbu polis, awal pagi semalam.

Pada serbuan jam 3.30 pagi di Batu 5 1/2, Kampung Bendang Nyiur, dekat sini, polis berjaya menahan seorang lelaki Melayu berusia 26 tahun dan merampas empat laras senapang angin buatan sendiri.

Serbuan dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah sempena Ops Cantas Khas itu turut merampas beberapa peket guli digunakan sebagai peluru dan cecair spirit.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Ab Aziz Mahmud berkata, pelbagai peralatan seperti mesin pencanai dipercayai digunakan untuk membuat dan menghasilkan senapang angin turut dirampas dalam serbuan itu.

Hasil siasatan, polis dapati rumah pondok dalam kebun getah itu dijadikan tempat membuat senjata api tiruan untuk dijual dan disyaki untuk pasaran tempatan.

“Kami percaya seorang rakan kepada suspek yang ditahan iaitu seorang warga Thailand berusia 20-an dan kini menghilangkan diri adalah ‘mastermind’ dalam kes ini,” katanya pada sidang media di IPD Tanah Merah, semalam.

Ab Aziz berkata, dua suspek terbabit dipercayai mula menjadikan pondok dalam kebun getah itu sebagai tempat membuat senjata tiruan sejak lebih dua bulan lalu.

Tambahnya, suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis methamphetamine itu kini ditahan reman selama empat hari, bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 8, Akta Senjata Api 1960.

“Hasil maklumat diperolehi daripada suspek, senapang angin laras besi dijual RM350 selaras manakala laras paip PVC dijual dengan harga RM250.

“Saya harap mana-mana individu yang membeli atau memiliki senjata api tiruan ini segera menyerahkannya kepada polis sebelum tindakan diambil,” katanya.

Tambahnya, orang ramai juga diminta memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat kerana polis percaya, ada lagi beberapa individu membuat senjata api tiruan itu.

Menurut Ab Aziz, senapang angin biasa digunakan untuk memburu binatang dan menembak ikan, namun ujian menunjukkan senjata api dirampas mampu menyebabkan cedera parah, malah maut.

“Hasil ujian, senjata api tiruan ini mampu menembusi papan sasaran pada jarak 20 meter dan saya percaya, senjata ini sangat berbahaya, boleh sebabkan kecederaan parah, bahkan boleh membawa maut,” katanya.

Sinar Harian

Penumpang cemas tayar pesawat MAS pecah ketika nak berlepas

PENYIASAT memeriksa pesawat MAS yang membatalkan penerbangan selepas salah satu tayarnya dipercayai pecah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching semalam.


KUCHING - Seramai 144 penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) cemas seketika apabila pesawat yang dijadualkan berlepas dari Kuching menghala ke Sibu mengalami masalah teknikal pada bahagian tayar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10.10 pagi itu, penerbangan MH 2266 tersebut mengalami masalah apabila salah satu daripada empat tayar pesawat tersebut dipercayai pecah sebaik sahaja ingin berlepas.

Pengurus Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) Kuching, Sunis Naiman berkata, kesemua penumpang dan anak kapal bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian berkenaan.


Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Selepas video klip seksi, Miley Cyrus kini bogel di majalah


Miley Cyrus memang tak mahu berhenti menjadi perbincangan awam. Selepas video klip super seksi untuk Wrecking Ball, kini dia pose bogel di majalah.

Seperti dilaporkan oleh E! Online, pelantun We Can't Stop ini bakal muncul di muka depan  majalah Rolling Stone edisi Oktober. Pengambilan foto dilakukan oleh jurugambar Theo Wenner, dan mengambil latar kolam renang.

  Walau hanya menampakkan sebahagian tubuh, penampilan Miley yang tanpa pakaian jelas membuat mata awam terbelalak. Sejumlah aksesori seperti anting-anting, kalung dan gelang juga menambah sempurna keseksiannya.

Wanita 20 tahun ini tak mahu meninggalkan aksi julur lidah yang selama ini jadi ikonnya. Eye liner tebal dan make-up di wajah membuat penampilan Miley terlihat garang.

Miley sendiri baru mengakhiri hubungan dengan kekasihnya, Liam Hemsworth, sekitar seminggu yang lalu. Namun khabarnya, Liam sudah punya kekasih baru saat ini.

kapanlagi.com