9 dibunuh dalam pertempuran geng dadah di Mexico

 
CULIACAN: Sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu pekan di pergunungan barat wilayah Sinaloa menjelang Hari Krismas dan menembak mati sembilan lelaki.

Mereka kemudiannya membuang mayat terbabit di atas padang pada ketika pertempuran tercetus di antara dua geng dadah paling berkuasa di negara berkenaan.

Pendakwaraya wilayah Sinaloa, Marco Antonio Higuera Gomez berkata, bandar El Platanar de Los Ontiveros menjadi sebahagian daripada perebutan di antara geng Sinaloa yang dikuasai Joaquin “El Chapo” Guzman, penjenayah paling dikehendaki di Mexico dan saki baki geng Beltran-Leyva yang kini bersekongkol dengan Zetas iaitu kumpulan jenayah terancang ditubuhkan bekas anggota pasukan khas negara itu. - AP

BH


Banjir: ular tedung, lintah masuk rumah

Maznah bersama anaknya, Mohd Harith Asraf di pusat pemindahan

ROMPIN - “Ingatkan ikan haruan, rupa-rupanya ular tedung.”

Itulah pengalaman ngeri seorang wanita yang nyaris dipatuk reptilia berbisa itu sewaktu berada di dalam rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Kampung Perpat yang ditenggelami air berikutan kejadian fenomena air pasang, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 pagi itu, Maznah Awang, 47, sedang sibuk mengemas barang untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Banjir Balai Lintang Kampung Perpat sebelum dikejutkan dengan kehadiran ular berkenaan.

Maznah berkata, pada mulanya dia menyangka rumahnya dimasuki ikan haruan berwarna hitam yang dibawa arus banjir, namun telahannya jauh meleset.

“Belum sempat memegangnya dengan tangan, tiba-tiba saya terkejut apabila melihat seekor ular tedung sudah mengembangkan kepalanya ke arah saya,” katanya.

Panik dengan keadaan itu, Maznah berkata, dia cuba menjauhkan diri dan memanggil seorang anak lelakinya yang sedang nyenyak tidur di dalam sebuah bilik.

“Kehadiran reptilia itu sungguh menakutkan. Jantung saya gemuruh dan perasaan cemas mula menyelubungi diri setelah melihat haiwan itu. Apatah lagi dalam keadaan rumah kami dimasuki air,” katanya.

Bagaimanapun, Maznah berkata, ular itu tidak dapat ditangkap dan dipercayai kemungkinan ular itu dihanyutkan arus banjir ke bahagian belakang rumahnya.

“Kami tidak sempat menangkap ular itu kerana sebaik saja anak saya terjaga daripada tidur, reptilia itu tidak lagi kelihatan. Sebaliknya, kami pula bergegas bersiap untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir,” katanya.

Lintah masuk rumah

Seorang penduduk, Zainuddin Mahdun, 44, berkata, kejadian fenomena air pasang itu menyebabkan berpuluh-puluh lintah sesat masuk ke dalam rumahnya.

Menurutnya, beberapa kanak-kanak dan orang dewasa bukan saja terpaksa mengharungi banjir, malah mereka yang menangkap lintah terpaksa memasukkan haiwan itu ke dalam botol sebelum membuangnya ke dalam sungai berhampiran.

“Musim hujan dan air pasang menyebabkan lintah ini berada di mana-mana saja. Malah, berpuluh-puluh lintah ditangkap di rumah saya sewaktu banjir melanda,” katanya.

Katanya, setiap tahun, penduduk di kampung itu akan berdepan fenomena air pasang, namun keadaan bertambah buruk apabila fenomena tersebut bertembung pula dengan hujan berterusan.

“Sekiranya air pasang saja berlaku, mungkin beberapa rumah penduduk tidak mungkin mengalami banjir. Namun fenomena itu bertembung pula dengan hujan tanpa henti menyebabkan air naik dengan cepat,” katanya.

Menurutnya, meskipun banjir mulai surut, mereka bimbang untuk pulang semula ke kediaman masing-masing kerana bimbang rumah dinaiki air berikutan ramalan kemungkinan air pasang besar dijangka melanda awal pagi ini.

“Kami hanya melawat rumah setelah air kembali surut, kami masih belum mengemas barang kerana bimbang kemungkinan banjir sekali lagi memandangkan keadaan hujan masih berterusan,” katanya.

Sementara itu, bagi kanak-kanak pula, musim hujan dan banjir digunakan sepenuhnya untuk berseronok serta sebahagian mereka pula menjadikan aktiviti menangkap lintah bagi memenuhi waktu terluang.

sinar harian


Husin hilang, jin kacau Kampung Pisang


Kisah bermula dengan karakter utamanya, Husin lakonan Awie yang diisytiharkan muflis akibat ditipu satu kumpulan skim cepat kaya di Singapura, sebelum mengambil keputusan untuk pulang ke Kampung Pisang.

Apabila pulang ke rumahnya, Husin berjumpa semula dengan geng lamanya dan juga Mon lakonan Ezylnn yang juga kekasih lamanya ketika Kampung Pisang mereka dilanda serangan zombie suatu ketika dulu.


 Selepas beberapa hari Usin pulang ke kampung, Kampung Pisang dilanda pula pelbagai peristiwa aneh. Difahamkan peristiwa aneh berkenaan mempunyai kaitan dengan sejarah misteri di kampung itu sejak 45 tahun lalu.

Kejadian kehilangan lelaki teruna di kampung itu kembali menghantui. Dalam kekecohan itu, Kak Limah yang dulunya dianggap ‘hantu’, sudah pulih sepenuhnya.
Dia kemudian sibuk merancang rombongan ke Singapura bersama penduduk Kampung Pisang malah mempelawa Husin menjadi pembantunya.

Namun masalah timbul apabila Husin didapati hilang dari rumahnya tanpa diketahui sesiapa. Rakan-rakan sekampungnya, Ucop, Wan Kaswi dan Nazari SMK, gagal mengesan di manakah Husin berada. Sebaliknya mereka mendapati hanya mi segera buatan Singapura yang ditinggalkan Husin.


Dalam kekecohan itu, muncul pula Jin Pakai Toncit yang menghantui penduduk kampung dan dikatakan menculik teruna Kampung Pisang. Namun kehadiran Dr Samsudin pula mendakwa dia mampu mengesan di mana misteri hilangnya Husin.

Apakah sebenarnya yang berlaku? Siapakah yang menculik Husin? Siapa yang berjaya menghurai misteri kehilangan Husin itu?


Semua ini bakal terjawab untuk anda dalam filem ini yang bakal menemui penonton mulai 7 Februari depan. Mampukah Husin, Mon & Jin Pakai Toncit menyambung fenomena HKLBR yang berjaya mencatat kutipan pecah panggung menghampiri RM8 juta?

metro


Derita mangsa rogol askar Serb

Wanita yang menjadi kekejaman askar Serb mengalami trauma
 Fika, 15, dan kakaknya berumur 17 sewaktu ditangkap dan dirogol bergilir-gilir oleh sepasukan askar Serb yang menawan wilayah timur Bosnia di awal tahun 1990-an lalu.

"Selepas saya di rogol, mereka (askar Serb) merogol kakak. Mereka turut memaksa saya menonton perbuatan kejam terhadap kakak.

"Mereka juga memaksa kami mengaku sebagai pengintip, jadi kami dipukul dan dicabut gigi.

"Kakak meninggal dunia selepas beberapa hari diseksa," kata Fika yang kini berumur 34 tahun dan telah berumah tangga.

Walaupun peristiwa hitam itu berlalu lebih 20 tahun, Fika dan ribuan wanita Islam Bosnia yang pernah menjadi mangsa kerakusan rejim Serb, terus menagih pengiktirafan dan sokongan daripada kerajaan yang sehingga ke hari ini takut untuk menuntut pampasan berkenaan.

Keadaan itu menyebabkan kumpulan hak asasi kemanusiaan mula kehilangan sabar, sekali gus mengeluarkan amaran bahawa jumlah penghidap masalah psikologi akibat kekejaman itu terus meningkat dan menjadi semakin buruk dari sehari ke sehari.

"Sebenarnya mangsa-mangsa rogol rejim Serb ini tertekan dalam diam dan mereka sudah tidak boleh mengawal perasaan lagi," menurut laporan Majlis Pengampunan Antarabangsa.

Setakat ini, kurang daripada 40 kes rogol mendapat pengadilan dalam 17 tahun lalu sejak perang Bosnia-Herzegovina ditamatkan.
Ribuan bayi hasil tindakan kejam askar Seba yang dilahir tahun 90an
 Pihak perundangan peringkat negeri pula bertindak melambatkan hak pampasan dan pemulihan mangsa-mangsa rogol perang yang sehingga ke hari ini belum terjawab sekali gus menjadi mainan politik.

Bosnia-Herzegovina didiami tiga utama iaitu kaum Bosnia, kaum Serbia dan kaum Croatia. Kira-kira 100,000 penduduknya terbunuh dan majoritinya adalah Islam.

'Hati saya hancur'

Sesudah perang, Republik Persekutuan Yugoslavia juga sebuah negara yang dibubarkan dan terbahagi kepada dua iaitu Republik Serb dan Persekutuan Bosnia-Herzegovina didiami masyarakat Islam dan Croatia.

Sementara itu, beberapa sumber melaporkan jumlah wanita dirogol rejim Serb meningkat kepada 35,000 orang dan kebanyakannya adalah wanita Islam.

Fika enggan mendedahkan nama sebenarnya kerana bimbang dengan stigma masyarakat sekeliling yang masih memandang rendah kepada mangsa rogol perang Bosnia.

Beliau dan kakaknya ditangkap askar Serb sewaktu operasi penghapusan etnik Islam di timur Bosnia.

"Kami dibawa ke kem tahanan pelarian Serb dalam bandar Vlasenica," katanya dengan menambah sudah tidak dapat mengira berapa kali dirogol oleh askar rejim.

Beberapa bulan kemudian, Fika dibebaskan dan beliau menuju ke utara bandar Tuzla yang kini menjadi sebahagian daripada wilayah Persekutuan.

"Selepas itu, saya terpaksa berhenti sekolah dan membantu ibu dan adik selepas ayah terbunuh dalam peperangan," katanya.

Kini, Fika yang juga seorang ibu belum berani untuk menceritakan kisah silamnya kepada anak-anaknya dan masih percaya lelaki yang merogolnya masih hidup.

"Mereka telah menghancurkan diri dan hati saya. Sehingga ke hari ini peristiwa itu tidak padam dan sentiasa ada dalam ingatan saya," katanya.

Lebih tragis lagi, perkahwinannya hancur sebaik sahaja menceritakan detik dirogol kepada suaminya.

Kumpulan hak asasi menggesa kerajaan beri keadilan kepada mangsa
Tiga tahun lalu, Fika diberi kekuatan untuk membuat laporan mengenai kisah silamnya kepada pihak berkuasa selepas mendapati dua daripada suspek yang merogolnya masih menduduki bandar Vlasenica.

Namun sehingga ke hari ini, polis masih belum membuat sebarang tangkapan.

Fika turut disahkan mengalami tekanan post-trauma dan diberikan 250 euro (RM101) setiap bulan daripada Pertubuhan Islam-Croatia disebabkan penyakitnya itu.

Menurut Fika, ramai lagi wanita senasibnya yang tinggal di Republik Serb tidak diberikan pengadilan.

"Mengikut undang-undang, mangsa wajib membuktikan kerosakan sekurang-kurangnya 60 peratus pada badan mereka dan tidak membabitkan trauma psikologi," kata Fika.

Sekurang-kurangnya tiga tuntutan berasingan telah dibuat dalam tahun kebelakangan ini yang menggesa memasukkan hak-hak mangsa rogol perang dalam akta negeri namun tidak berhasil kerana ia masih disekat pihak Republik Serb.

Britain ambil langkah

Nasib malang yang menimpa ribuan wanita Islam Bosnia memberi ilham kepada Britain untuk mengetengahkan isu meningkatkan tahap kesedaran terhadap keganasan seksual peperangan dalam perhimpunan G8  melibatkan negara-negara perindustrian pada tahun depan.

Di bawah Inisiatif Mengelak Keganasan Seksual, kerajaan Britain merancang untuk menghantar pegawai-pegawai polis, peguam, ahli-ahli psikologi dan pakar forensik ke Bosnia serta negara-negara konflik lain untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan mengenai isu terbabit.

"Setakat ini, kita hanya akan mengutamakan Bosnia Herzegovina. Kami yakin akan diberi peluang yang besar dalam menangani isu itu dan proses keamanan tidak akan berjaya jika tiada resolusi," kata jurucakap program berkenaan, Ann Hannah.

Beliau berkata, pasukannya perlu tiba di Bosnia seawal yang mungkin pada 2013 depan. - Reuters

sinar harian


Kuantan tenggelam

Banjir melanda Kuantan, Pahang hari ini 24 disember 2012
semua gambar diambil dari facebook


 BIMB Mahkota Square

 Parking ECM

 Restoran taj megamall

 Hadapan Terminal Makmur

 Depan kamdar

Depan Megamall


semoga tidak ada kemalangan jiwa


Penyeludup dadah yang paling seksi

 PEMENANG pertandingan Ratu Kopi Colombia, Angie Sanclemente, mengimpikan kemasyhuran dunia peragaan. Namun, kerjaya model berusia 31 tahun itu berkecai di sebuah mahkamah di Argentina dia dihukum penjara selama enam tahun lapan bulan kerana peranannya dalam kegiatan penyeludupan dadah.

Kejatuhan Sanclemente bermula pada Disember 2009 selepas seorang lagi model, Maria Noel Lopez Iglesias, ditangkap ketika cuba menaiki pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ezeiza di Buenos Aires, Argentina.
Wanita berusia 21 tahun itu ingin pergi ke kawasan resort Cancun di Mexico semasa ditahan bersama sebuah beg pakaian berisi dadah kokain seberat 55 kilogram bernilai AS$3.3 juta (RM10 juta).

Model itu langsung tidak cuba menyembunyikan kokain itu kerana dia telah diberitahu tiada siapa akan menahannya di lapangan terbang. Maklumat daripada Iglesias telah menyebabkan Sanclemente diburu.

Pihak berkuasa percaya Sanclemente masih berada di Argentina selepas dia meninggalkan hotel tempat dia menginap bersama seekor anjing Pomeranian yang comel.

Polis berjaya mengesan alamat anjing itu didaftarkan tetapi mendapati ia cuma sebuah gudang lama yang tidak digunakan lagi. Dia akhirnya ditangkap di sebuah hotel murah di Palermo, Buenos Aires.
Polis mendakwa Sanclemente bertanggungjawab merekrut wanita-wanita muda untuk dijadikan penyeludup dadah. Dia dikatakan hanya mengupah model-model glamor untuk membawa dadah dari negara Amerika Selatan itu ke Eropah.

 Sanclemente menggambarkan model-model yang bekerja dengannya sebagai 'bidadari jelita yang tidak dicurigai'. Mereka diberitahu supaya bersikap 'mesra' tetapi bukan menjolok mata.
Model-model itu dibayar AS$5,000 (RM15,000) bagi setiap perjalanan dan sekurang-kurangnya seorang daripada mereka akan menaiki pesawat setiap 24 jam dengan membawa berpeket-peket kokain.
Dari Argentina, mereka terbang ke kawasan resort di Cancun, Mexico. Dari situ mereka bergerak ke Eropah dan Amerika Syarikat.

Sanclemente dinobatkan sebagai Ratu Kopi Colombia pada usia 21 tahun. Malangnya gelaran itu ditarik balik dua hari kemudian selepas pihak penganjur mendapati dia melanggar syarat pertandingan kerana sudah berkahwin. Sanclemente berkahwin dengan seorang ahli perniagaan pada tahun 1998. Lelaki itu menanggung kos pengajian Sanclemente dalam bidang kewartawanan di Universiti Barranquilla, Colombia.

Selepas bercerai, Sanclemente tinggal di Mexico selama lapan tahun. Di negara itu, Sanclemente mengambil tugasan peragaan dan menjadi pelakon televisyen. Wanita kelahiran Colombia itu juga dipercayai menjalin hubungan cinta dengan seorang tauke dadah Mexico dikenali sebagai The Monster tetapi mereka berpisah pada penghujung tahun 2009 kerana Sanclemente mahu membentuk kumpulan penyeludupnya sendiri. Selepas itu, dia berhijrah ke Buenos Aires bersama teman lelaki baharunya, Nicolas Gualco, seorang warga Argentina.

Gualco dan bapa saudaranya, Daniel Monroy turut dihukum penjara selama enam tahun lapan bulan atas kesalahan yang sama. Sanclemente menjadikan seorang model terkenal Colombia, Natalia Paris sebagai idola. Dia bahkan mewarnakan rambutnya dengan warna perang supaya nampak serupa dengan Paris.

Paris berkahwin dengan Julio Correa, seorang penyeludup dadah yang kemudian menjadi pemberi maklumat kepada pihak berkuasa. Lelaki itu dibunuh oleh teman penyeludupnya sendiri menggunakan mesin pengisar daging.
Ibu Sanclemente, Yaneth Valencia, tinggal menyewa sebuah apartmen pada kadar AS$75 (RM225) sebulan di pinggir bandar pelabuhan Barranquilla, yang juga bandar kelahiran penyanyi pop terkenal, Shakira.
Walaupun anaknya hidup mewah, menurut seorang jirannya, rumah Valencia tidak mempunyai katil. Dia hanya tidur di atas tilam yang diletakkan di atas lantai. Selepas waran ditangkap dikeluarkan ke atas anaknya, Valencia berpindah ke tempat lain.
Pembabitannya dalam pertandingan ratu cantik dan aktiviti peragaan telah menarik perhatian media Argentina dan Colombia. Mereka memanggilnya narcomodelo atau model dadah.
Media juga menimbulkan tanda tanya sama ada Sanclemente benar-benar seorang ratu dadah atau sekadar mangsa cinta yang terjerumus ke dalam jenayah itu akibat pujukan Gualco.

Sebuah klip video yang dimuat naik ke Youtube menggambarkan Sanclemente sebagai La narco mas sexy atau 'penyeludup dadah paling seksi' dengan memaparkan gambar separuh bogel Sanclemente.

Semasa perbicaraan, Saclemente berulang kali menafikan dia merekrut penyeludup dadah sambil mendakwa satu-satunya kesalahan yang dilakukannya ialah jatuh cinta dengan lelaki yang salah.

"Perkara ini berlaku kerana saya orang Colombia," kata Sanclemente sebaik sahaja dijatuhi hukuman.
Dalam satu interviu dengan akhbar Colombia, El Pais semasa ditahan di penjara Argentina, Sanclemente berkata dia cuma orang biasa yang mencari peluang untuk berlakon, iaitu perkara yang gemar dilakukannya.

Bercakap dengan sebuah akhbar Colombia yang lain dia berkata: "Saya sedih, berhutang dan keseorangan. Tuhan telah memberi saya kekuatan untuk mengharungi semua ini.

"Sesuatu yang baik pasti akan datang. Saya tidak mahu menggambarkan diri saya sebagai mangsa tetapi saya telah dimalukan dan tidak dilayan seperti sepatutnya."

Peguam Sanclemente, Guillermo Tiscornia berkata anak guamnya itu takut untuk masuk ke penjara Argentina. "Dia seorang wanita cantik, dia takut dia akan dirogol di dalam penjara. Dia sudah pun menderita dari segi fizikal dan mental," ujarnya.

kosmo


Robin Van Persie bernasib baik masih hidup

Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson, mengecam pemain Swansea City, Ashley Williams, yang dinilainya melakukan tindakan tidak terpuji kepada Robin van Persie ketika kedua pasukan bertemu dalam Liga Perdana, Sabtu (23/11/2012).

Insiden itu bermula ketika RvP berebut bola dengan pemain Swansea. Setelah itu, ia kemudian terjatuh dan bola terpelanting di belakang kepalanya. Wiliams yang berusaha menyelamatkan gawangnya kemudian menendang bola tersebut yang kemudian mengenai kepala RvP yang sedang tersungkur di atas padang

"Robin van Persie bernasib baik masih hidup. Itu adalah perbuatan tercela dari mereka dan dia (Wiliams) seharusnya dihukum oleh FA. Leher Robin boleh patah," kata Ferguson seperti dilapor BBC.

Pada perlawanan itu, MU dipaksa seri 1-1. Dengan hasil ini, MU memang tetap berada di puncak liga sementara dengan 43 mata, namun hanya lebih empat mata dari Manchester City di tempat kedua. Sementara, Swansea masih berada di posisi ke-11 dengan 24 mata.

"Seharusnya kami boleh menjarakkan diri dengan enam angka hari ini dan ini sangat mengecewakan. Kami kurang bernasib baik dalam pertandingan ini," kata Ferguson.

 RVP merasai kekuatan sepakan Ashley Williams

 Sir Alex menunjukkan kemarahannya kepada pegawai keempat Lee Probert selepas kejadian itu

 Van Persie bingkas bangun untuk melepaskan kemarahannya kepada Williams selepas kejadian itu

 Hampir-hampir bergaduh

Rakan sepasukan terpaksa mententeramkan kedua-dua pemain itu

nasib baik kalau tak..RIP RVP hehe

dailymail.co.uk, kompas