Boeing guna kentang uji wifi

Chicago: Syarikat Boeing menggunakan ubi kentang untuk menguji sistem wifi dalam pesawatnya, kaedah yang dianggap luar biasa.

Kerusi penumpang dalam pesawat khas diletak guni ubi kentang untuk beberapa hari untuk menguji kekuatan isyarat. Penyelidik syarikat berkata ubi kentang ‘berinteraksi’ dengan isyarat elektronik.

Jurutera Boeing menjalankan beberapa ujian bagi memastikan penumpang akan mendapat isyarat kuat wifi ketika di udara.

Pada masa sama, ia juga menguji sama ada standard keselamatan yang melindungi gangguan dengan sistem elektrik pesawat, dipenuhi.

Isyarat tanpa wayar berubah-ubah secara rawak dalam ruang tertutup kabin pesawat ketika penumpang bergerak. Ia bermaksud agihan isyarat tidak sekata di seluruh kabin, dengan jaringan lemah dan kuat di tempat duduk berbeza.

“Anda mahu komputer riba anda berfungsi di mana saja anda duduk, namun kemungkinan ada perubahan isyarat ketara mengikut lokasi tempat duduk,” kata jurutera Boeing Dennis Lewis.

Untuk menguji isyarat, syarikat itu menggunakan 9,000 kilogram kentang dalam guni.

Menurut Boeing, interaksi ubi kentang dengan isyarat elektronik menyamai tubuh manusia menjadikannya sesuai menjalankan ujian beberapa hari bagi mengumpul data.

Majlis Ubi Kentang United Kingdom berkata ramai orang memandang rendah penggunaan alternatif tumbuhan itu.

“Contohnya ialah dalam pengeluaran kertas dan dakwat, kanji ubi kentang digunakan dalam pakaian untuk mengukuhkan serat supaya ia tidak pecah ketika ditenun dan untuk pemanis - glukosa dapat di ekstrak daripada kanji ubi kentang,” kata jurucakap majlis.

BH


Pesta liar di PD gagal


PORT DICKSON – Polis berjaya mengagalkan penganjuran satu pesta yang bakal disertai lebih 100 remaja, dipercayai dari ibu negara di sini, malam tadi.

Pesta yang dikenali sebagai Moon Soon Beach Party itu diadakan di tepi pantai, lengkap dengan pentas serta sistem pembesar suara, dengan hidangan minuman keras dan dihadiri puluhan pasangan kekasih.

Bagi menarik orang ramai, penganjur dikatakan menggunakan nama sebuah hotel terkemuka di bandar berkenaan dan Tourism Malaysia yang dicetak pada tiket yang dijual dengan harga RM165 seorang.

Penganjur juga meletakkan syarat, peserta yang hadir hanya dibenarkan memakai bikini bagi wanita dan berseluar pendek bagi lelaki.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Abd Wahab Harun berkata, polis melakukan gerakan menyiasat motif penganjuran pesta berkenaan hasil maklumat orang awam selepas mendapati aktiviti mencurigakan di kawasan pesta tersebut.

sinar harian


Lionel Messi menjaringkan gol ke 91 dirinya bagi tahun 2012

Messi membuktikan beliau adalah pemain terbaik dunia ketika ini apabila berjaya menjaringkan gol ke 91 bagi dirinya sepanjang tahun 2012 ini.

Gol tersebut muncul ketika Barcelona menewaskan Real Valladolid 3-1. Messi sebelum ini telah berjaya memecah record 85 gol setahun milik Gerd Muller yang dilakarnya 40 tahun yang silam.

Adakah 91 gol messi ini akan bertahan untuk 40 tahun juga?





Pekerja seksi boleh dipecat

Iowa: Mahkamah Iowa kelmarin membenarkan majikan di negeri itu memecat pekerja yang didapati terlalu mendedahkan anggota tubuh.

Dalam keputusan sebulat suara, hakim menyokong tindakan seorang doktor gigi memecat pembantunya selepas isterinya menganggap wanita itu menggugat perkahwinan mereka.

Pembantu pergigian berkenaan, Melissa Nelson, bekerja untuk James Knight selama lebih 10 tahun dan tidak pernah berfoya-foya dengannya menyebabkan Nelson memfailkan saman.


Ketika perbicaraan, Knight mendedahkan, dia ada memberitahu Nelson beberapa kali bahawa pakaiannya terlalu ketat, terlalu mendedahkan dan mengganggunya.

Kemudian, pada 2009, mereka mula bertukar-tukar mesej, kebanyakannya berkaitan kerja dan tidak mencurigakan tetapi ada mesej yang agak keterlaluan termasuk pertanyaan Knight berapa kerap Nelson mencapai klimaks. Nelson tidak menjawabnya.

Lewat 2009, isteri Knight mendapat tahu mengenai pertukaran mesej itu dan menuntut suaminya memecat Nelson. Knight memecat Nelson awal 2010.
REUTERS


BH


Nicol Ann David juara Skuasy Wanita Terbuka Dunia kali ke 7


.......................UPDATE

(Final)

PEMAIN nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David merangkul kejuaraan kali ketujuh Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Dunia dengan menundukkan pemain England, Laura Massaro pada perlawanan akhir yang berlangsung di Kepulauan Cayman.

Nicol, 29, mengambil masa 44 minit untuk mengatasi Laura 11-6, 11-8 dan 11-6 di gelanggang kaca yang didirikan khas di Camana Bay.

"Sukar untuk dipercayai, Laura bermain dengan sangat baik, beliau juga berjaya memberi saingan hebat kepada saya.

"Saya sangat berpuas hati dan gembira dengan corak permainan tadi.

"Saya cuma mahukan kemenangan ini dan sekali gus merangkul kejuaraan ketujuh di Cayman," kata Nicol dipetik dalam laman sesawang rasmi pertandingan www.worldopen.squash.com.

Berdasarkan rekod, Nicol telah merangkul enam gelaran Juara Terbuka Dunia, bermula di Hong Kong pada tahun 2005, Ireland Utara (2006), England (2008), Mesir (2010) dan Belanda (2009 and 2011).

Beliau menjuarai Terbuka Kepulauan Cayman untuk tiga tahun berturut-turut 2009 hingga 2011

Tahniah!!

.................................................

(Semi Final)

Pemain skuasy nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David meneruskan misi pemburuan gelaran ketujuh Kejohanan Skuasy Wanita Terbuka Dunia selepas mengalahkan pemain England Jenny Duncalf untuk mara ke pelawanan akhir.

Nicol, 29, pemenang enam gelaran Terbuka Dunia, hanya mengambil masa 37 minit untuk menundukkan Jenny dalam straight set 11-7, 11-4 dan 11-2 di gelanggang kaca yang didirikan khas di Camana Bay di Kepulauan Cayman pada Khamis.

Ratu skuasy negara akan bertemu pemain nombor tiga dunia, Laura Massaro dari England dalam perlawanan akhir.

Kali terakhir mereka berentap dalam perlawanan akhir ialah di Terbuka Australian pada 19 Ogos, menyaksikan  Nicol memenangi gelaran itu buat kali kedua.

Sementara itu, Laura menempah tiket ke perlawanan akhir selepas menumpaskan pemain pilihan kedua Raneem El Weleily dari Mesir dalam lima set permainan penuh mendebarkan yang berlangsung selama satu jam sembilan minit sebelum memenanginya dengan catatan 5-11, 11-9, 12-14, 11-4 dan 13-11.


KEPUTUSAN:
    ----------
    [3] Laura Massaro (ENG) mn [2] Raneem El Weleily  (EGY) 5-11, 11-9, 12-14,
11-4, 13-11 (69 minit);
    [1] Nicol David (MAS) mn [6] Jenny Duncalf (ENG)  11-7, 11-4, 11-2 (37



Sewa baju RM61 tapi masih mampu bergelar Miss Universe


Penuntut universiti dinobat Miss Universe menewaskan peserta dari enam benua, membawa pulang mahkota ke Amerika Syarikat selepas kemarau lebih daripada satu dekad.

Olivia Culpo, 20, memenangi gelaran itu malam tadi Hollywood menggantikan juara lalu, Leila Lopes dari Angola.

Pertabalan ke atas penuntut tahun dua di Universiti Boston mengakhiri 'sumpahan' ke atas Amerika dalam pertandingan anjuran bersama Donald Trump dan NBC.

Kali terakhir Amerika memenangi gelaran itu adalah pada 1997 melalui Brook Lee.

Culpo menewaskan 88 pesaing.

Tiada siapa yang lebih terkejut daripada keluarga Culpo apabila diberitahu dia menyertai  pencarian Ratu Rhode Island, tahun lalu.

Ayahnya, Peter memberitahu, "kami sekeluarga tidak mengetahui tentang pertandingan ratu cantik itu."

Culpo memenangi pertandingan itu dengan baju yang disewa RM61.

Saat-saat sebelum Culpo dinobatkan sebagai juara, dia ditanya sama ada dia pernah menyesal akan sesuatu.

"Saya mahu memulakan dengan mengatakan bahawa setiap pengalaman tidak kira baik atau buruk, kita akan belajar sesuatu daripadanya. Inilah hidup," katanya.

Dia menambah, "tetapi mungkin saya menyesal kerana memilih dalam pembesaran adik-beradik saya, kerana kita akan sangat menghargai mereka selepas kita dewasa."

Salah seorang adiknya, Gus datang menyokong ketika gelaran Miss Universe disampaikan kepada kakaknya.

Ratu Filipina Janine Tugonon mendapat tempat kedua dan Ratu Venezuela, Irene Sofia Esser Quintero di tempat ketiga.

Pertandingan ini diadili penyanyi, Cee Lo Green, Masaharu Morimoto dan Pablo Sandoval

sinar harian


Penjaja Myanmar kutip sayur dalam tong sampah untuk dijual di KL



Seorang wanita warga Myanmar berulang alik beberapa kali ke pasar mengangkut sayur yang dibuang pemborong

KUALA LUMPUR - Penjaja warga Myanmar umpama mendapat untung atas angin apabila tidak perlu mengeluarkan modal untuk berniaga selepas mereka bertindak mengutip sayur yang dibuang pemborong untuk dijual.

Tinjauan Sinar Harian selama dua jam bermula jam 8 pagi sehingga 10 pagi baru-baru ini mendapati sekumpulan warga Myanmar di antara lima hingga enam orang sedang khusyuk mengutip dan memilih sayur yang dibuang pemborong pada tong sampah besar terletak di luar Pasar Borong Kuala Lumpur.

Tinjauan juga mendapati seorang wanita berulang alik sebanyak tiga hingga empat kali mengangkut beberapa bakul sayur tersebut ke luar kawasan pasar.

Sayur-sayur tersebut dipercayai dijual kepada orang awam di luar pasar borong bermula jam 6 petang.

Meskipun masalah tersebut telah banyak kali dibangkitkan namun penyelesaian masih menemui jalan buntu apabila penjaja Myanmar dilihat masih berniaga seperti biasa.

Pengunjung pasar, Latifah Ayob, 46, berkata, perkara itu menjadi rutin masyarakat Myanmar yang tinggal di pasar borong untuk menyara kehidupan.

“Mereka akan memilih sayur dibuang pemborong, kemudian akan dijual kepada orang awam yang rata-ratanya peniaga kedai makanan kerana harganya murah.

“Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) beberapa kali membuat operasi penjaja namun permasalahan itu berlarutan dan kini dilihat semakin kritikal,” katanya.

Seorang lagi orang awam yang ditemui, Mohd Fauzi Ishak, 32, meminta badan pemantau dilantik menyelesaikan masalah lambakan warga asing.

“Warga asing kini mengatasi warga tempatan, penjaja warganegara dikenakan tindakan kompaun tetapi penjaja asing dibiarkan berleluasa sehingga menjadikan pasar borong umpama perkampungan Myanmar.

“Kita bimbang sekiranya perkara ini berlarutan dan tidak terkawal akan memudaratkan generasi akan datang kerana anggaran jumlahnya yang semakin meningkat dari tahun ke tahun,” katanya.

Fauzi mengakui bimbang akan keselamatan diri dan sentiasa berhati-hati setiap kali bersama keluarga ke pasar borong untuk membeli barang keperluan niaganya.

Dia berharap, permasalahan itu dapat ditangani secara bijak dan dalam masa sama tidak menjejaskan periuk nasi warga tempatan.

sinar harian