Sewa baju RM61 tapi masih mampu bergelar Miss Universe


Penuntut universiti dinobat Miss Universe menewaskan peserta dari enam benua, membawa pulang mahkota ke Amerika Syarikat selepas kemarau lebih daripada satu dekad.

Olivia Culpo, 20, memenangi gelaran itu malam tadi Hollywood menggantikan juara lalu, Leila Lopes dari Angola.

Pertabalan ke atas penuntut tahun dua di Universiti Boston mengakhiri 'sumpahan' ke atas Amerika dalam pertandingan anjuran bersama Donald Trump dan NBC.

Kali terakhir Amerika memenangi gelaran itu adalah pada 1997 melalui Brook Lee.

Culpo menewaskan 88 pesaing.

Tiada siapa yang lebih terkejut daripada keluarga Culpo apabila diberitahu dia menyertai  pencarian Ratu Rhode Island, tahun lalu.

Ayahnya, Peter memberitahu, "kami sekeluarga tidak mengetahui tentang pertandingan ratu cantik itu."

Culpo memenangi pertandingan itu dengan baju yang disewa RM61.

Saat-saat sebelum Culpo dinobatkan sebagai juara, dia ditanya sama ada dia pernah menyesal akan sesuatu.

"Saya mahu memulakan dengan mengatakan bahawa setiap pengalaman tidak kira baik atau buruk, kita akan belajar sesuatu daripadanya. Inilah hidup," katanya.

Dia menambah, "tetapi mungkin saya menyesal kerana memilih dalam pembesaran adik-beradik saya, kerana kita akan sangat menghargai mereka selepas kita dewasa."

Salah seorang adiknya, Gus datang menyokong ketika gelaran Miss Universe disampaikan kepada kakaknya.

Ratu Filipina Janine Tugonon mendapat tempat kedua dan Ratu Venezuela, Irene Sofia Esser Quintero di tempat ketiga.

Pertandingan ini diadili penyanyi, Cee Lo Green, Masaharu Morimoto dan Pablo Sandoval

sinar harian


6 comments:

  1. err..apa yang mahalnya eh anum? rm61 juta ke, rm61 je?

    ReplyDelete
  2. yg buatkan dia menang..bukan pada baju kan..:)

    Ala macam Hafiz dengan lagu Awan Nano.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju ^_^v..bakat yang ada pada dia tu yg buat dia menang

      Delete
  3. haha..baju murah x jadi masalah kan..

    ReplyDelete
  4. nk sewa baju pengantin x dapat harga ni..eh?? hihih

    ReplyDelete