Lelaki berkahwin dengan pizza

 
TOMSK - RUSIA. Seorang lelaki yang bosan kerana gagal mencari teman hidup mengambil keputusan berkahwin dengan pizza.

Menurut Dailystar, jabatan pendaftaran perkahwinan dan pihak gereja bagaimanapun tidak membenarkan lelaki berkenaan berbuat demikian.

Kata lelaki berkenaan, kawan-kawannya selalu mengkritik pasangan masing-masing sambil mendakwa hubungan cinta mereka tidak sempurna.

"Hubungan cinta diantara dua manusia adalah kompleks," kata lelaki tersebut.

"Saya bersyukur kerana sekurang-kurangnya saya boleh 'merasa' cinta saya terhadap makanan dan cinta terhadap makanan kekal sama tidak kira apa berlaku.

"Pizza tidak akan menolak (lamaran perkahwinan) atau mengkhianati anda. Saya sayangkan dia (pizza)," jelasnya lagi.

Restoran yang terlibat dalam upacara perkahwinan lelaki berkenaan telah menyediakan 'sijil perkahwinan' dan memakaikan pakaian pengantin pada pizza tersebut.


Sumber: Sinar Harian

1 comment: