PERGOLAKAN politik, pengeboman dan yang terakhir nahas pesawat milik Rusia di Sinai meninggalkan kesan buruk kepada industri pelancongan Mesir.
Sebelum berlaku kebangkitan Arab Spring pada 2011, seramai 15 juta pelancong direkodkan tiba di Mesir untuk bercuti di Sharm El Sheikh dan Nuweibaa selain lokasi di bandar.
Bagaimanapun, akibat pergolakan politik, jumlah pelancong menurun kepada sembilan juta pada 2014.
Kehadiran pelancong semakin merosot pada 2015 di lokasi mewah seperti di Sharm El Sheikh dan Nuweibaa yang kini semakin sunyi.
Banyak resort mula menghentikan operasi manakala yang sedang dibina dibiarkan terbengkalai.
Jalan-jalan utama di kawasan pelancongan kini sunyi dan suasana di pantai juga seperti tidak pernah dihuni.
Jumlah kehadiran pelancong ke Sharm El Sheikh dijangka bertambah merosot apabila syarikat penerbangan yang membawa 900,000 pelancong British ke lokasi itu akan menghentikan operasi ke kawasan tersebut pada 2016.
Seorang jurugambar tempatan sempat merakam gambar kawasan pelancongan di Sharm El Sheikh dan Nuweibaa yang kini sunyi dan bakal menjadi bandar 'berhantu' jika ia tidak lagi dikunjungi pelancong.

Kawasan penginapan pelancong yang semakin sunyi.
Hotel yang dalam pembinaan ditinggalkan akibat ketiadaan pelancong.
Penjaga taman botanik Sharm el Sheikh menunggu ketibaan pengunjung.
Pusat membeli-belah yang dulunya dipenuhi pelancong kini sunyi.
Kawasan pantai di resort mewah antara yang masih menjadi pilihan pengunjung walaupun suasana berbeza berbanding sebelum ini.
Kawasan pantai Taba yang menjadi pilihan pelancong kini turut sunyi.
Sumber: mstar.com.my
cantiknya view
ReplyDelete