Tentera Turki menembak jatuh pesawat tempur Sukhoi Su-24 milik Rusia di perbatasan Syria. Penembakan tersebut terpaksa dilakukan setelah jet tersebut berkali-kali melakukan pelanggaran dengan melintasi ruang udara Turki.
Jet tempur tersebut ditembak jatuh oleh pesawat F-16 milik Angkatan Udara Turki, Selasa (24/11) pagi waktu setempat. Juruterbang F-16 terpaksa menembak Su-24 kerana tidak mengendahkan 10 kali amaran. Juruterbang Su-24 berjaya menyelamatkan diri dengan menggunakan payung terjun sebelum pesawatnya menghujam ke darat.
Sebaliknya, Kementerian Pertahanan Rusia mendakwa pesawat tersebut masih berada di ruang udara Syria dan ditembak jatuh dari darat. Pesawat itu ditembak ketika berada pada ketinggian 6 ribu meter.
Berikut video saat pesawat tempur Su-24 ditembak jatuh tentera Turki:
Sumber: Merdeka.com
No comments:
Post a Comment