Gambar hiasan
QIANJIANG - CHINA. Seorang remaja perempuan yang pernah dilaporkan hilang dan disangka meninggal dunia sejak berusia 14 tahun akhirnya ditemui.
Namun apa yang mengejutkan, Xiaon Yun yang kini berusia 24 tahun ditemui selamat dan menghabiskan masanya sejak satu dekad yang lalu dengan bermain permainan online di kafe siber.
Xiaon berasal dari Zhenjiang melarikan diri dari rumahnya di Zhenjiang selepas bertengkar dengan ibu-bapanya.
Dia kemudiaan ditemui oleh pihak berkuasa semasa pemeriksaan di sebuah kafe siber dan dibawa ke balai polis tempatan selepas memiliki kad pengenalan palsu.
Xiaon mengaku sejak melarikan diri dari rumah 10 tahun lalu, dia menghabiskan masanya di kafe siber dengan bermain permainan online CrossFire di kafe siber di beberapa bandar.
Menurutnya, dia kebiasaannya akan meminjam wang daripada pengunjung serta pekerja siber kafe untuk meneruskan kehidupan.
Sementara itu, memetik akhbar tempatan, polis menemui maklumat kehilangan remaja itu dan kemudian melaporkan kepada keluarganya.
Keluarganya yang ditemui melahirkan rasa syukur malah mengakui hampir putus asa untuk bertemu semula dengan Xiaon.
"Saya sering bermimpi Xiaon akan pulang ke rumah semula dan berjanji tidak akan memarahinya lagi," kata ibu Xiaon dipetik Metro.uk
Kes ketagihan permainan video online bukanlah pertama kali direkodkan.
Sebelum ini, seorang lelaki menghabiskan enam tahun bermain permaian di kafe siber di Changchun.

Sumber: Sinar Harian
No comments:
Post a Comment