Keputusan Lelaki Ini Untuk Berkahwin Dengan Patung Akan Buat Korang Merasa Sebak


Seorang lelaki di China mengambil keputusan untuk 'berkahwin' dengan patung wanita untuk merasai sendiri nikmat perkahwinan setelah dia diagnosis dengan penyakit kanser.

Lelaki berusia 28 tahun itu membuat keputusan itu kerana dia tidak mahu meninggalkan seorang balu apabila dia pergi satu hari nanti sekiranya dia berkahwin dengan wanita sebenar.

Kini, gambar perkahwinannya dengan patung tersebut menjadi sensasi di China.


 Lelaki dari Beijing itu ingin merasai sendiri 'photoshoot' perkahwinan sebelum meninggal, jadi dia membeli satu patung wanita dan menghiasi patung tersebut dengan pakaian kahwin dan juga mengupah make up artis untuk mencantikkan patung itu sebelum mengambil gambar bersama patung tersebut.

"Untuk tidak melukakan hati manusia, dia memilih untuk berkahwin dengan patung daripada berkahwin dengan manusia sebenar", lapor CCTV News. - Siakapkeli.my




2 comments:

  1. Oh..terharunya dia rela brkahwin dgn patung drpda mnusia, krana tidk mhu sesiapa trluka. Kesian..rsa nk nngis bila bca

    ReplyDelete