SHAH ALAM – Kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Lembah
Klang menjadi sasaran perbuatan vandalisme apabila disembur
cat merah, dipercayai dilakukan awal pagi tadi.
Hasil tinjauan Sinar Harian Online di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) petang ini mendapati kamera itu masih berfungsi seperti biasa, namun proses rakaman mengalami gangguan ekoran cat merah pada permukaan kamera.
Tinjauan mendapati kamera cuba merakam imej kenderaan yang dipandu melebihi had laju memandangkan 'flash' masih berfungsi. Pengguna di laluan tersebut didapati memandu seperti biasa.
Kamera AES di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Seremban, dekat Bangi, dicat warna merah. - Foto Bernama
Laporan Bernama semalam menyebut bahagian 'flash' kamera AES itu ditutup
dengan plastik. Bagaimanapun plastik itu tidak kelihatan hari ini,
sebaliknya bahagian kamera disembur dengan cat merah.
Situasi yang sama dilaporkan di Kilometer 301.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah ke Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Sepang, Superintendan Imran Abdul Rahman ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan menerima laporan berhubung perbuatan itu pada jam 2 petang tadi.
Imran berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.
Menurut beliau, pihak kontraktor terbabit dari bilik kawalan mendapati kedua-dua kamera tersebut gagal mengesan sebarang pesalah lalu lintas sejak jam 2.15 pagi tadi.
“AES di lokasi tersebut didapati tidak berfungsi dan apabila diperiksa ada kesan cat merah pada sensor kamera itu, kontraktor berkenaan segera melaporkan insiden berkenaan di Balai Polis Salak Tinggi.
“Pihak polis belum dapat mengesyaki pelaku kejadian ini, dan akan segera menyiasat,” katanya.

Kamera AES Kilometer 301.7 Lebuh Raya Utara-Selatan, arah ke Kuala Lumpur juga disembur cat merah. - Foto ihsan KL Traffic Updates
Sementara itu, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie
Liu menyifatkan perbuatan tidak bertanggung jawab ini sebagai protes
orang awam terhadap pelaksanaan AES.
"Ini memang satu tunjuk perasaan oleh orang ramai yang tidak puas hati dengan sistem AES ini. Ia dianggap tidak adil dan membebankan, bagaimanapun saya tidak setuju dengan perbuatan tersebut.
"Saya telah arahkan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) untuk menjalankan siasatan dan Kerajaan Negeri sedia memberi kerjasama sekiranya pihak berkuasa tempatan (PBT) memerlukan pemantauan rapi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Insiden ini dipercayai perbuatan provokasi pihak tertentu yang kurang berpuas hati dengan arahan penangguhan untuk menyarung kamera AES tersebut yang dijadualkan petang kelmarin atas nasihat pejabat peguam negeri.

Kamera AES di Kilometer 6.6 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan disembur cat merah, dipercayai dilakukan pagi tadi. - Foto Sinar Harian oleh Nizam Zain
sumber: sinar harian
sumber: sinar harian
macam2..tadi tgk majalah3 , paling tinggi kemalangan berlaku di Malaysia..fuh
ReplyDelete