sajak

Hari ni rasa nk bersajak pulak

korang layan jelah....ditujukan kpd si A


A,

Maaf kerana tidak dapat membantu mu

Di kala parang ayah mengurang

Di kala wajah ayah memerah

Di kala suaramu tersekat

A,

Maafkan sekali lagi

Bukan aku tidak mahu membantu

Bukan aku tidak sayu

Bukan...Bukan....Bukan...

A,

Tika ayah mengacu parangnya

Hatiku meruntun sayu

Melihat kau cuba lari bertempiaran

Bersama rakan-rakan

Untuk hidup sehari lagi

A,

Realitinya aku tidak mampu

Menghulurkan tangan untuk kau sambut

Supaya dapat ku bawa kau lari

Jauh dari parang ayah....

A,

Aku tidak mengerti

Mengapakah ayah terlalu benci akan dirimu?

Aku sudah tidak sanggup lagi melihat sandiwara ini

Aku hanya mampu menjadi pemerhati

Bersama seribu belas dihati

Bersama kasih yang tebal di nurani

Namun aku hanya seorang insan biasa

A,

Larilah kau

Jangan menyerah pada ayahku yang kejam itu

Ah A,

Tidak dapat aku gambarkan

Dikala parang ayah menetak lehermu

Air mataku mengalir menuruni pipi

Tak tertahan lagi...sedih...sayu...

Yeah...!

Seluruh isi keluargaku bersorak

Semua berpesta Atas kematian mu...?

A...Ayamku...

Kematianmu, nyata amat pedih

Tetapi kau menjanjikan santapan istimewa untuk kami

Ayam goreng bersambal!!!

Nyam...nyammm...Nyammm..


http://lawakjenaka.com/

5 comments:

  1. ohh ingat A tue nama orang..utk ayam rupenyee..huhuhuhuh..

    nasib baik nama aku bukan ayam..hahahah...

    main parang2 lak..hahaha

    ReplyDelete
  2. hakhak
    ayam rupanya ingat kekasihmu bernama "A"

    ReplyDelete
  3. ape musang2...aku bidadari sorga..hahahha

    ReplyDelete