Pandu 200 km baru sedar isteri tertinggal di stesen minyak


Berlin: Seorang lelaki Jerman memulakan kehidupan berumah tangga dengan kesilapan besar selepas memandu selama dua jam di lebih raya sebelum menyedari dia terlupa isterinya tertinggal di sebuah stesen minyak.

Si suami berhenti mengisi minyak untuk seketika tanpa menyedari isterinya turun untuk ke tandas.

Dia hanya menyedari kesilapannya selepas memandu sejauh 200 kilometer.

“Reaksi pertama saya ialah adakah suami saya bodoh?” kata pengantin perempuan berusia 33 tahun itu ketika menceritakan kisah berkenaan di sebuah stesen radio swasta.


“Saya tidak mempunyai wang dan tidak mempunyai telefon ketika itu,” katanya.


Lelaki berkenaan menyangka isterinya tidur di belakang bas mini mereka dan meneruskan perjalanan selama dua jam dengan mendengar muzik.

Sebaik menyedari kesilapannya, lelaki itu berhenti di sebuah balai polis yang sebelum itu sudah pun dihubungi isterinya.

Pasangan pengantin baru itu yang berasal dari Brandenburg berhampiran Berlin disatukan semula lima jam kemudian di stesen minyak berkenaan.

Si isteri memberitahu stesen radio berkenaan bahawa dia tidak marah dengan kejadian itu.

“Saya tidak marahkannya. Bukan dia sengaja,” katanya. - AFP

MyMetro

2 comments:

  1. Kelakarnya... kenapalah dia tak call.

    Selamat Hari Raya aidil adha Redz..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum....

    Perempuan tu tak call sebabnya seperti yang diberitahu : "Saya tidak mempunyai wang dan tidak mempunyai telefon ketika itu....."

    Sebab-sebab lain :

    1.Dia tidak meminta bantuan dari petugas stesyen minyak berkenaan mungkin kerana dia fikir suaminya akan segera datang semula menjemputnya.

    2.Dia tidak terfikir untuk meminjam telefon dari petugas stesyen minyak atau meminta bantuan polis dengan segera kerana fikirannya kusut atau cemas. Makanya dia tidak dapat berfikir dengan baik...

    Dah lama-kelamaan baru si isteri dapat terfikir untuk cuba meminta bantuan sesiapa untuk telefon suaminya : "Sebaik menyedari kesilapannya, lelaki itu berhenti di sebuah balai polis yang sebelum itu sudah pun dihubungi isterinya..."


    *****************

    Rahsia Rezeki

    Rahsia Sedekah

    ReplyDelete