Bunuh kenalan Facebook, 2 lelaki dihukum penjara 200 tahun

GUATEMALA CITY  -  Mahkamah Guatemala , Sabtu ( 12/10/2013 ) , menjatuhkan hukuman penjara 200 tahun untuk dua orang lelaki yang terbukti membunuh dua orang remaja perempuan yang mereka hubungi melalui Facebook .

Kedua-dua lelaki itu , Eduardo Chen dan Saul Garcia Arriaza , terbukti bersalah membunuh Heydi Motufar Lorenzana (16) dan Heiser Alexandra Mercado Santos ( 18).

Namun keputusan mahkamah ini jauh lebih ringan dari tuntutan pendakwa yang menginginkan hakim menjatuhkan hukuman 308 tahun penjara.

Dalam sidang pendakwa mengatakan, kedua tertuduh sebelumnya berkenalan dengan kedua-dua gadis remaja itu . Setelah semakin akrab mereka kemudian merancang janji pertemuan.

Dari hasil siasatan diketahui kedua-dua gadis remaja itu dibunuh pada 22 Ogos 2011 , setelah diperkosa terlebih dahulu oleh kedua tertuduh .

Mayat kedua-dua gadis ini ditemukan enam hari selepas dibunuh di bandar Amatitlan , di wilayah selatan Guatemala.

Kes pembunuhan berkaitan Facebook ini menjadi kes pertama di Guatemala yang telah mendapat keputusan undang-undang.

kompas


No comments:

Post a Comment