Gadis Pasir Mas comel lote

Neelofa. salah sorang gadis Pasir Mas

Bila disebut saja gadis Pasir Mas, ramai pemuda terbayangkan seorang gadis Melayu yang memiliki raut wajah ayu dan jelita, sama seperti gadis zaman bangsawan.

Paling ketara, gadis Pasir Mas memiliki wajah Melayu yang mampu menggoda lelaki tanpa perlu disolek. Selain itu kulit mereka, terutama di tangan, kelihatan lembut dan gebu seperti bayi

paling menarik ialah keunikan mata gadis Pasir Mas. Mereka dikatakan memiliki mata menawan iaitu berwarna coklat kebiruan dan kelabu, lengkap dengan alis mata dan kening hitam serta tebal, seolah-olah memakai celak.

Ada penduduk mendakwa wanita dari Pasir Mas mempunyai hubung kait dengan puteri dongeng Kelantan, Puteri Sa’adong yang dikatakan memiliki wajah cantik dan ayu.

Ada juga mendakwa kecantikan kulit gadis Pasir Mas diwarisi daripada nenek moyang mereka yang berasal dari Selatan Thailand dan berhijrah ke daerah ini sejak puluhan tahun lalu


Nak tahu rahsia kecantikan gadis Pasir Mas? munkin boleh diamalkan hehe

sejak dari nenek moyang lagi mereka diajar mengamalkan makan beras pulut setiap hari, selain mandi menggunakan air basuhan beras bagi mengekalkan ketegangan kulit supaya sentiasa kelihatan menarik dan gebu.

Ada juga yang memakan buah-buahan seperti tomato setiap pagi serta meminum air suam bagi mengekalkan kecantikan kulit badan.


Antara kampung di Pasir Mas yang didakwa tersohor kerana mempunyai ramai gadis cantik ialah Kampung Seberang Pasir Mas, Kampung Betong, Kampung Aur Duri, Kampung Bunut Susu, Kampung Slow Machang dan Kubang Bemban.



bila sebut Pasir Mas nih teringat kat sorang kawan sekelas aku masa tingkatan 6 rendah dulu, Jenni. di mana agaknya ko sekarang ek?


p/s: cantik itu subjektif

7 comments:

  1. hmm..ada betulnya juga..

    lecturer sy org pasir mas...mmg cantik...putih..comel.. :)

    ReplyDelete
  2. ala aku bukan pasir mas pon comel je =P

    ReplyDelete
  3. mak saudara kak ati pun dari
    pasir mas..putih melepak orgnya

    redha pula belah mana tu?

    ReplyDelete
  4. tp kwn sy org pasir mas bese2 je hehehe

    ReplyDelete
  5. Beauty depends on the eyes of the beholder:)kite comel jeee..haha

    ReplyDelete
  6. isteri sy org pasir mas, sejak kahwin memang tak pernah beli alat mekap, cuma guna bedak baby jonson aje.. safe budget.heheheh.

    ReplyDelete